31/8(Selasa) - Hari ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia. Bagi rakyat yang kasih dan sayangkan negara dan bangsanya, kemerdekaan ini adalah amat besar maknanya. Tanah Melayu telah dijajah selama 4 1/2 abad oleh belbagi negara dari Portugis, Belanda, British dan Jepun. Selama dijajah, sejarah Melayu tidak banyak yang tercatat, tidak tahu kenapa. Ia kembali dicatat selepas abad ke 19 semasa zaman pemerintahan British. Tidak banyak sejarah dicatat pada zaman pemerintahan Belanda kerana mereka sebuk dengan tugas-tugas mengeluarkan hasil dan khazanah negara.
Kalau kita perhatikan, taktik 'pecah dan perintah' adalah cara paling berkesan untuk menjajah sesebuah negara. Mereka tidak dapat menjajah jika rakyat dan raja yang memerintah bersatu padu. Apabila rakyat bersatu padu semula dengan raja yang memerintah, Tanah Melayu akhirnya mendapat kemerdekaan dari British. Tetapi apa yang merisaukan saya, setelah negara kita merdeka, terdapat usaha-usaha dari negara-negara tertentu yang menggunakan seseorang yang berpengaruh untuk menjadikan rakyat berpecah belah. Apabila rakyat telah berpecah belah, negara kita tidak stabil ekonomi dan politiknya dan kesempatan ini diambil untuk menakluk semula negara kita, bukan dalam bentuk fizikal, tetapi dalam bentuk penjajahan ekonomi dan minda kita. Negara kita sudah berada diambang kejatuhan dan semakin hampir dijajah semula. Saya sangat khuatir jika perkara ini terjadi, tak tahulah apa akan jadi pada kita semua. Mungkin negara kita akan jadi macam Kuwait dan Arab Saudi, ada banyak hasil bumi, tetapi diteroka oleh negara asing. Raja kaya raya, tetapi rakyatnya tidak kemana. Semuga Allah menyedarkan seluruh rakyat dinegara ini dan bersatu padu semula seperti sebelum merdeka, agar kita semua selamat dan kedaulatan negara dikekalkan. Amin....
Cuti umum Hari Kemerdekaan saya isi masanya dengan membuat kerja-kerja senggaraan direban. Pada awal pagi selepas matahari terbit, saya menyiapkan kerja memasang bumbung dan dinding reban asuh yang diberi oleh sahabat baik saya yang tinggal selang beberapa rumah je. Reban ini terpaksa disiapkan segera kerana anak ayam didalam brooder kabinet dan besar dan semakin sempit. Juga sebagai persiapan untuk anak-anak baru.
Selepas siap reban asuh, terus ke reban besar memulakan kerja mengemas kayu-kayu lebihan, menyapu seluruh kawasan reban dan membuang najis-najis didalam reban. Najis yang dikumpul di punggah dan tuang pada pangkal pokok sawit sebagai baja. Sebelah petang pula, saya sembur seluruh kawasan, sangkar dan reban menggunakan kimia pembasmi kuman(disinfectant) komersil dengan bahan aktif 'quaternary ammonium chloride'. Ini perlu dilakukan secara berkala untuk membasmi semua kuman, virus, bakteria atau apa-apa kuman yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit kronik. Saya sembur sebanyak 4 tong racun rumput untuk seluruhnya. Semuga penyakit bahaya dapat dihindarkan dari terjadi. Seronok mata memandang apabila reban nampak kemas dan bersih, boleh duduk bersembang dikawasan reban.
Saya juga telah menyiapkan beberapa bekas/sangkar telor yang baru bagi ayam yang dah galak nak bertelur. Alhamdullilah, purata kutipan harian adalah 15 biji. Kira bagus sangat tu, kalau seminggu dah dapat dekat 100 biji, sebulan 400 biji. Kalau % penetasan adalah 50%, dapat juga 200 ekor anak ayam sebulan. Jika seekor harganya RM 20, boleh jual dapat RM4000 sebulah. Tolak belanja makanan dan pelbagai RM2000, ada baki RM2000 sebulan. Boleh tahan juga, sebagai duit tambahan. Semuga kira-kira tadi boleh menjadi realiti. Aminnnnnnnnn
Tidak ada komentar:
Posting Komentar