Senin, 02 Agustus 2010

MENYIAPKAN REBAN DIDIK YANG TERBENGKALAI

2/8 - Cuti hujung mingggu yang lepas saya isi dengan membuat kerja pertukangan pada reban didik yang tak siap-siap dari dulu lagi. mungkin belum ada keperluan sebelum ini, maka terbiar untuk sementara waktu.  Tetapi memandangkan kepada bilangan anak-anak ayam yang menunggu giliran dirumah untuk dibesarkan direban didik (dirumah wak) adalah mencecah 300 ekor, maka saya terpaksa bertindak cepat untuk siapkan dau pintunya saja. Anak-anak ayam dah sesak kat rumah, takut tak selesa. Labih penting lagi, anak-anak ayam yang bakal lahir akan mengisi tempat tersebut. 

Dengan pengalaman yang lepas, saya akan pasang lampu pada setiap reban supaya tidak digigit nyamok lagi selain memasang jaring nyamok. Semuga anak-anak ayam akan membesar tanpa masalah yang besar dan dapat dijual pada musim perayan TBCina.  

Anak-anak ayam akan dipilih baka-baka yang baik untuk dijadikan ibu sebagai pelapis. Pemilihan baka-baka yang baik akan meninggikan peratus penetasan dan juga menyingkatkan tempoh pembesaran seterusnya menurunkan FCR.

Peratus penetasan pada kali terakhir adalah 65%. Sebahagian mati diperingkat pertengahan(14-17) dan sebahagian lagi diperingkat akhir (17-19). Susah untuk mencari punca kematian diperingkat tersebut setelah semua usaha dibuat. Kemungkinan besar adalah faktor telor itu sendiri kerana saya dah kurangkan punca-punca yang boleh dikawal seperti kebersihan dan suhu. Mungkin kelemahan pada genetik telor itu sendiri yang mana sebahagiannya dibeli dari orang kampong. Kita tidak mampu mengawal kematian diperingkat tersebut kerana kita terpaksa menerima hakikat bahawa takdir penetu segalanya. Macam manusia juga, ibu mana tak sayang anak yang dikandung, tetapi keguguran boleh berlaku juga walau tidak diminta.

Yang pasti, peratus kematian dapat dikurangkan apabila bantuan diberi dengan menebuk lubang udara setelah telok menunjukkan tanda retak. Kematian peringkat akhir sangat kecil sekali. Malahan kematian peringkat akhir boleh berlaku apabila bantuan tidak diberikan. Bantuan ini sangat penting bagi kes-kes telor yang kulit keras dan kedudkan songsang. Setakat ini, jika diberi bantuan, alhamdullilah sangat berjaya. Perhatian perlu diberi pada tempoh penetasan dengan kerap membuat pemeriksaan untuk memberi bantuan.


Setakat ini, saya telah memberi pellet ayam dari WATANWAJA SDN. BHD yang berasaskan PKE(hampas isirong sawit) + fishmeal + vitamin + jagung 


Kita perlu berusaha, sebelum menyerahkannya kepada takdir.
Jika berlaku apa yang tidak diingini, itu lah Qada' dan Qadar.

Gambar diambil waktu malam.
Reban inilah yang sedang dalam disiapkan.
Tiada daun pintu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar