Selasa, 17 Agustus 2010

PETUA MENGHALAU PEMANGSA MONYET/KERA........


Kita sedia maklum, banyak sangat pemangsa kepada ayam dan telor ayam. Antaranya adalah anjing, ular, tikus, biawak dan monyet/kera. Tidak terkecuali juga pemangsa yang paling susah nak diatasi iaitu "monyet kepala hitam". Belbagai cara digunakan mengikut spesis untuk menangani masalah pemangsa ini. Antaranya adalah seperti berikut:

Anjing - pasang pagar/jaring dikawasan ladang/reban atau umpan beracun.
Ular - pasang pagar/jaring yang halus cukup tinggi keliling ladang/reban.
Tikus - pasang perangkap, bunuh je.
Biawak - agak susah penyelesaiannya. bagi umpan telur beracun/puradan.
Monyet/kera - agak sukar juga..mereka bijak. so ini ceritanya...

Kali ini saya tergerak untuk menulis satu lagi petua. Saya ada terbaca didalam beberapa buah blog rakan ternak yang menghadapi masalah telor di curi oleh monyet/kera dan spesis yang sama dengannya.

Petua ini saya dapat sendiri semasa saya melawat Bukit Malawati, Kuala Selangor yang ada rumah api tu. Diatas bukit itu memang banyak gila monyet jenis ekor panjang..anaknya cantik bewarna kuning semasa kecil. Agaknya supaya ibunya senang nampak kalau aanak merayau. Untuk pelancung berseronok dengan monyet-monyet tersebut, ada beberapa peniaga yang menjual makanan untuk monyet2 tersebut terdiri dari sayur kacang panjang dan kekacang lain. Monyet2 tu memang buruk perangai, sungguh berani untuk mengambil kacang walau pun didalam tangan atau didalam poket kita. Saya biarkan je, atas kepala saya pun dia panjat kalau letak kacang kat kepala. Yang hairannya, Peniaga2 kacang tu boleh meninggalkan jualannya terbuka je, tapi monyet tak datang curi...memang hairan. Saya tanyalah salah seorang peniaga tu, camne monyet tu tak ambil/curi kacang mereka. Senyum je abang tu jawab, dia kata letakkan ular getah dalam bekas atau atas motor, sah monyet tu tak akan rapat. Saya agak kurang percaya dengan penjelasannya tadi. Saya minta izin nak pinjam ular getah tu kejap, nak buat ujian. Saya sorok ular tu dalam poket, sambil bagi makan kacang kat monyet yang berebut-rebut tak kira usia. Apabila saya keluarkan je ular getah dari poket, bertempiaran lari memanjat pokok2 berdekatan. Saya acah-acah nak baling ular tu kat depa, lagi tinggi dan lagi jauh depa lari.

Kesimpulannya, ular getah diguna untuk menghalau monyet/kera bukan mitos lagi. Ia adalah benar dan sememangnya benar, melainkan yang benar sahaja. Mungkin ular adalah musuh tradisi monyet sejak zaman berzaman dan diturunkan secara genetik ke generasi yang baru.

Jadi, kepada penternak yang mengahdapi masalah monyet/kera, lepas baca blog ini bolehlah ke pekan untuk membeli ular getah dikedai-kedai mainan seberapa banyak yang boleh dan letakkan dikawasan2 strategik yang difikirkan menjadi laluan mereka. Selamat mencuba.

Last sekali - masalah paling susah.....
"Monyet kepala hitam" - memang paling besar masalah. buat apa pun, dia tetap curi. mungkin pasang pagar dan pintu eletrik keliling reban.. selesai masalah..


Anak monyet warna kuning

Tak takut orang


MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar