Rabu, 11 Agustus 2010

PETUA MENGHALANG SERANGAN SAMPAR AYAM

Baru-baru ni saya dapat petua dari rakan semasa kanak-kanak dulu, petua untuk menghindari sampar ayam menyerang reban . Menurut nya, sampar adalah sejenis hantu dengan mata merah menyala dimalam hari. Jika ayam ternampak hantu sampar ni, ia terus monyok dan mati selang beberapa hari. Tidak mati mengejut.  Macam kena sampok...

Cerita kawan lama saya tu ada kena mengena dengan cerita seorang veteran penternak ayam kat Kg Lombong. Masa jumpa Wak tu, ayam dia semua dah mati. Sedih je muka dia sebab hilang mata pencariannya. Wak yang sorang lagi tu, juga habis terang 300 lebih ekor ayamnya. Saya dipelawa melihat reban ayamnya, sunyi sepi je..tinggal beberapa ekor yang dah nazak..Wak yang veteran tu cerita...kalau awak berani, cubalah mengendap kat reban malam-malam.. saya tak tahu apa maksud sebenar kata-katanya itu. tapi dia kata, ada hantu yang datang kat reban....???

Cerita dari jiran kat reban saya pula, dia ada nampak sesuatu kat reban dia. Dia cerita,  matanya merah menyala didalam gelap, macam binatang berkaki empat. Tapi dia pasti sangat bukan anjing. Hairan ye....., kalau anjing disuluh, matanya berkilau putih, pantulan cahaya lampu suluh. 

Jadi secara kebetulan, cerita kawan saya  ini ada hubung kait dengan cerita dari 2 orang  penternak diatas...... hantu & mata merah 


Saya mula terpengaruh dan yakin sedikit dengan cerita hantu ni. Dia kata, serangan sampar memang takde ubat. kalau dah kena, tentu T.K.O.  Puas saya pujuk-pujuk, barulah dia cerita pasal petua tu. Dia tanya saya kalau sanggup buat petua tu, baru dia nak cerita. Saya pun setujulah..asal dapat dengar petuanya. Dia kata, semasa dia menyewa rumah, tuan tanah/rumah sewa tu ada bela ayam. Jadi entah macam mana, suatu magrib dia ternampak tuan tanah/rumah sewa tu mengelilingi reban ayamnya....tetapi dalam keadaan berb. o. g.e.l. Memang terang betul mata kawan saya tu...dalam kegelapan samar-samar tu dia boleh nampak orang tu b. o. gel atau tak....

Kawan saya tu hairanlah apa yang dibuat oleh tuan tanah/rumah sewa diwaktu-waktu twilight zone.... Dia tatk puas hati, terus bertanya kepadanya sekembalinya ke rumah dalam keadaan memakai tuala je...Barulah dia tahu apa tujuan pak cik tu buat 'ritual' begitu diwaktu begitu...

Jadi untuk pembaca dan penternak yang 'DARE TO BE N. A. K. E. D', boleh mencuba petua ini.  Mudah2an ternakan anda selamat.  

Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:

1.  Jangan lupa pakai tuala semasa menuju kereban tanpa seluar dalam.
2.  Pastikan tiada orang dikawasan berhampiran reban supaya tidak dituduh meliwat ayam.
3.  Buka tuala semasa hendak mulakan 'Ritual" ni.
4.  Pusing kawasan reban. (tak tahu berapa kali pulak).. cubalah 3 x sebab biasa nya lakukan  apa-apa pun 3 x.
5.  Akhir sekali, jangan lupa sarungkan semula tuala tu.....jangan terus balik ke rumah. nanti lain disangka orang pulak jadinya.

Selamat mencuba....


Ini pula petua dari Bunga mas:


bunga mas: cuma nak sharing je...ambik secupak beras gaul dgn kunyit serbuk,pastu tabur 4 penjuru tanah sambil selawat,bakinya tabur area reban.


Menurut Guest: name proses tu merabon.bakar mase senja hari





MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar