26/7- Hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya yag ke 48. Oleh kerana dah tua, tiada lagi sambutan seperti anak-anak kita. Cuma makan malam diluar bersama keluarga saja.
Semasa lawatan ke reban dan rumah saya oleh seorang penternak kambing dan ayam kacuk dari Kg. Lombong, saya ada menanyakan apakah ubat yang boleh digunakan untuk merawat sakit mata ayam. Menurutnya, semburan tersebut bewarna biru. Ini mengingatkan saya semula semasa lawatan kereban kawan saya yang membela hingga 4000 ekor ayam kacuk, ada beberapa ekor ayam yang diasingkan matanya disapu sesuatu berwarna biru.. ingatkan ubat biru untuk luka.
Beliau terus mencadangkan saya membeli sejenis ubat dalam bentuk aerosol spray berwarna biru yang dikhususkan untuk ternakan ruminan(lembu & kambing). Beliau berkata, ubat itu sangat mujarab sehinggakan mata kambingnya yang hampir buta pun boleh sembuh sepenuhnya. Namun beliau berkata, ia juga boleh digunakan untuk apa-apa jenis haiwan kecuali manusia. Saya terus mencari kedai yang dicadangkan di Kelana Jaya pada hari ini, dan setelah berpusing-pusing akhirnya saya jumpa kedai tersebut. Harganya tak mahal, cuma RM 21.00 je untuk 40 semburan selama 2-3 saat. Bagi kiraan saya, untuk ayam mungkin tak perlu sebegitu lama, cukup sekadar +-1 saat, pasal mata ayam kecik je..lain lah mata lembu. Bolehlah dapat 120 semburan. Bila dibaca labulnya, ia adalah sejenis antibiotik untuk sakit mata yang boleh digunakan untuk semua jenis penyakit mata(wide spectrum).
Saya akan mencuba pada ternakan saya yang masih kecil tu pada petang ini. Mudah-mudahan ia berkesan. Anak ayam yang telah disembur antibiotik tersebut hendaklah diasingkan sehingga pulih sepenuhnya. Jika berkesan, selesailah satu masalah dan dapatlah satu pengalaman baru. Mungkin ditempat lain, cubalah cari kat kedai menjual ubat-ubatan ternakan.
Ini gambar antibiotik yang dimaksudkan.
Ini gambar antibiotik yang dimaksudkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar