Senin, 05 Juli 2010

MENINGKATKAN PELUANG % PENETASAN

6/7 - Pada malam (5/7-isnin) dan malam 3/7(sabtu), saya buat candling keatas telor yang telah dieram. Bagi telor yang telah 5 hari masuk incubator, saya dapati peratus menjadi web darah sangat tinggi, melebihi 90%. Yang tak jadi adalah kerana tiada benih dan ada red ring. Untuk telor yang dah masuk hari ke 13, saya dapati % telor dalam tahap pembesaran yang baik adalah melebihi 90% juga. 


Mengimbas kembali batch telor yang lalu, diperhatikan juga % kejayaan adalah amat tinggi, juga hampir 90%. Manakala untuk batch-batch sebelumnya dari mula lagi, didapati % penetasan sekitar 50%-60% sahaja disamping ada kejadian anak ayam yang cacat.


Saya membuat andaian bahawa peningkatan % kejayaan disemua peringkat ada berkait rapat dengan perubahan saya buat pada sais takungan air. Sebelum ini saya hanya menggunakan satu bekas  air 7'x7' yang kecil pada semua incubator saya termasuk pada penetas. Saya telah menambah luas permukaan bekas air(menggunakan talam) atau menambah bilangan bekas air(juga memberi kesan luas permukaan air). Peningkatan % kejayaan setiap tahap didapati berkait rapat dengan luas permukaan air. Dari pemerhatian sebelum dibuat perubahan, didapati % kelembapan adalah sekitar 45%-55%. Selepas perubahan dibuat, % kelembapan adalah sekitar 55%-65%. Penetas pula mencapai lebih 75% kelembapan.  Ini bermakna % kelembapan yang diperlukan dicapai apabila luas permukaan air dibesarkan dengan menambah bilangan bekas air atau menggunakan bekas yang lebih besar.  


Jika ruang incubator adalah kecil, satu lagi teknik meningkatkan humiditi adalah dengan meletakkan span atau filter akuarium didalam bekas air. % humiditi pasti naik.


Dapat saya buat andaian bahawa peningkatan % kelembapan yang lebih tinggi(55%-65%) bagi mesin pengeram dan lebih 75% kelembapan bagi mesin penetas telah menyumbang kepada % kejayaan telor menetas serta tiada kecacatan.


Saya harap perkara ini adalah benar... dan akan dibuktikan benar pada 14/7 nanti apabila hampir 100 biji telor menanti hari menetas.  Semuga pengalaman ini dapat membantu dimasa hadapan. Maklumlah telor semakin banyak. Jika % kejayaan kecil, sayang sangat rasanya nak buang telor berpuluh-puluh atau ratusan biji. Terasa rugi dan merencat semangat untuk berternak dan membesarkan projek.


Sama-samalah tunggu ......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar