Sabtu, 10 Juli 2010

INCUBATOR BARU CONVERT DARI ALMARI USANG

10/7 - Sejak ibu ayam pemakan telor dah dipenjara, ditambah pula kedatangan 26 ekor ibu baru, kutipan telor harian tidak kurang dari 20 biji. Tapi tanpa disedari, rupa-rupanya ada seekor lagi perangai sama, kena tangkap dan dipenjara sampai mati. Oleh yang demikian, setiap minggu sebanyak minima 140biji tidak temasuk telor dibeli dari orang kampung. Akibatnya, 2 buah incubator capasity 600 biji dah penuh. Saya terpaksa mencari jalan penyelesaian segera untuk menghadapi situasi yang menarik ini.

Maka datanglah ilham dari orang yang malas....sebab biasanya orang malas banyak ilham,  jika pandai dimanafaatkan boleh menjadi kaya. Contohnya pencipta mesin basuh, orang malas basuh yang cipta agaknya. Blender juga dicipta oleh pemalas giling dan tumbuk cili...Jadi saya yang juga  tergolong dalam orang yang malas, mula berfikir cari cara nak cepat buat incubator dan murah. Datanglah ilham sebelum ini untuk menggunakan almari baju sebagai incubator. Cari punya cari, takde yang sesuai dari segi sais, kualiti dan harga. Tertangguhlah idea tu.. tetapi keadaan mendesak juga menjadikan seseorang untuk berfikir lagi.. 

Maka dengan kehendakNya, terlintaslah difikiran...almari baju lama ada kat rumah mak 2 buah, besar-besar belaka. Pagi tadi bersemangatkan keazaman untuk berjaya, saya menunda gerabak rumput wak kerumah saya untuk bawa balik almari tersebut. Terus saya ke pekan untuk membeli segala keperluan untuk menyiapkan incubator. Cuma thermostat je takde lagi..dah order kat Junaidi, tetapi caem belum ada stok lagi...jika terpaksa, guna rainbow lah dulu...Saya suka caem sebab julat julat suhu on-off adalah 0.7 C. Cuma ada juga kadang2 yang tak baik... tak sampai suhu dikendaki.


Saya kekalkan 2 bahagian almari seperti asal...cuma saya buang semua para-paranya. Jadi ibarat ada 2 incubator dalam almari tersebut. Kebaikannya adalah jika satu rosak, ada satu lagi. Jika telor sikit, cuma guna sebelah je.. jimat eletrik. Saya buat 20 tray sais 17"x17" dan dianggarkan 70 biji-80 biji setiap satu. Jadi jika buka kedua-duanya, boleh isi sekitar 1400 - 1600 biji dalam satu-satu masa. Saya buat 2 tray jarak 4", dijarakkan pula 6" pula untuk lampu 3 biji.. dan 2 tray jarak 4" dan seterusnya. Saya akan pasang kipas kerana dah terbiasa guna force air... tak berani nak cuba still air.





Ada kemungkinan juga, jika telor banyak nak menetas, saya akan convert incubator yang sedia ada menjadi penetas (hatcher) sahaja. 





Ini gambar almari lama yang telah dipasang dengan custer(roda) ditapaknya
untuk mudah dialihkan.





Ini pula incubator convert dalam proses ubahsuai. dah siap
pasang 'drawer slide' dan  tray. Tinggal wiring je.




Incubator yang sedia sekarang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar