PUNCA-PUNCA TELOR TAK MENETAS ATAU JANIN AYAM MATI
DI PERINGKAT AKHIR PENGERAMAN
DI PERINGKAT AKHIR PENGERAMAN
KEMUNGKINAN SEBAB-SEBABNYA
1. Setting yang tidak betul pada pada incubator disebabkan oleh
kerosakan atau salah setting.
kerosakan atau salah setting.
- Jika menggunakan incubator tersebut sebagai pengeram dan juga penetas, perubahan setting pada suhu dan kelembapan hendaklah dibuat pada 3 hari terakhir dari jangka tarikh menetas
2. Kelembapan
- Jika kelembapan terlalu tinggi pada peringkat pengeraman, anak ayam boleh lemas didalam ruang udara telor tersebut. Jika anak ayam itu hidup, ia akan kelihatan bengkak dan terlalu besar.
- Jika kelembapan terlalu rendah diperingkat pengeraman , anak ayam akan mati di kecut oleh membrane yang mengering dan melekit, menjadikan anak ayam sukar untuk berpusing didalam cengkerang.
3. Suhu
- Jika perubahan suhu yang tinggi dari normal berlaku didalam peringkat pembesaran, anak ayam akan mati dalam masa yang singkat sahaja. Jika ada yang berjaya menetas, kemungkinan ia terselamat kerana ada kawasan sejuk didalam incubator tersebut.
- Jika telur menetas terlalu awal, kemungkinan suhu incubator diperingkat pengeraman adalah tinggi dari 37.5C
- Jika telur lewat menetas, itu tanda suhu incubator pada peringkat pengeraman adalah terlalu rendah atau telor tersebut pernah mengalami cuaca sejuk diperingkat pengeraman.
4. Memusing telor
- Jika telor masih dipusing pada peringkat 3 hari terakhir, kemungkinan mengakibatkan baki kuning telor berpintal yang menghalang penyerapan makanan dan berlaku kebuluran pada anak ayam tersebut. Penetasan juga menjadi lebih sukar jika kuning telor tidak diserap sepenuhnya.
5. Kelebihan Kalsium
- Jika Ibu ayam memakan makanan yang banyak kalsium, telor yang dihasilkan akan berkulit tebal dengan kulit yang kasar. Ini menyebabkan kesukaran untuk menetas.
5. Kelebihan Kalsium
- Jika Ibu ayam memakan makanan yang banyak kalsium, telor yang dihasilkan akan berkulit tebal dengan kulit yang kasar. Ini menyebabkan kesukaran untuk menetas.
6. Pengengalian telor yang berlebihan
- Tapak tangan manusia mempunyai minyak yang boleh menutup rongga udara dan menghalang penyerapan oksigen hingga menyebabkan kematian kerana lemas. Kejadian ini terjadi apabila kulit telor kelihatan berkilat.
Penyelesaian:
- Buat candling untuk memastikan telor ada baik dan ada benih jantan.
- Pastikan setting incubator dalan keadaan yang betul.
- Kawal kelembapan dalam incubator mengikut keadaan yang diperlukan
PUNCA-PUNCA JANIN AYAM MATI DI SEMUA PERINGKAT PENGERAMAN
- Kemungkinan incubator telah tercemar dengan pelbagai sebab.
- Kemungkinan telor itu sendiri sudah tercemar
- Kuning telor yang telah jadi hitam dan telor tembelang menjadi punca
jangkitan. Janin ayam didalam telor yang lain boleh mati diperingkat
pengeraman atau beberapa hari selepas menetas.
pengeraman atau beberapa hari selepas menetas.
PUNCA-PUNCA TELOR MENETAS AWAL DARI TARIKH JANGKAAN
SERTA KELAHIRAN YANG CACAT
- Suhu incubator terlalu tinggi.
Penyelesaian - turunkan suhu incubator sekitar 0.5 C
PUNCA-PUNCA TELOR MENETAS LEWAT DARI TARIKH JANGKAAN
- Suhu incubator terlalu rendah.
Penyelesaian - naikkan suhu incubator sekitar 0.5 C
PUNCA-PUNCA TEMPOH TELOR MENETAS YANG BERBEZA-BEZA
- Tempoh penyimpanan telor yang berbeza.
- Suhu incubator yang tidak menentu dan berubah ubah dengan banyak
Penyelesaian
- Kurangkan tempoh masa penyimpanan telor.
Segerakan telor dimasukkan kedalam incubator
Segerakan telor dimasukkan kedalam incubator
- Elakkan incubator disinari matahari atau disimpan ditempat
yang tinggi suhu. Simpan incubator ditempat yang sejuk dan terlindung.
yang tinggi suhu. Simpan incubator ditempat yang sejuk dan terlindung.
PERATUS PENETASAN YANG RENDAH
- Kesilapan pada setting incubator
- Kesihatan yang rendah pada induk ayam.
- Tidak cukup memusing telor.
Penyelesaian
- Perbetulkan setting incubator
- Tingkatkan kesihatan induk-induk ayam
- Pastikan kelembapan yang bersesuaian dengan peringkat pengeraman
- Pusing telor lebih kerap lagi
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar