Entry kali ini adalah tip-tip yang boleh diguna pakai dalam usaha meningkatkan peratus penetasan telor yang dieram menggunakan incubator manual/auto dimana berkenaan. Tip-tip ini dihimpun melalui pengalaman sendiri dan juga dari blog-blog rakan-rakan ternak serta matlumat dari website luar negara yang diperolehi melalui ujian yang saintifik. Semuga pengguna incubator yang baru atau lama dapat menggurangkan masalah dan meningkatkan peratusan menetas yang tinggi. Insyaalah.
A. PERINGKAT PENGUMPULAN TELOR
Bacalah rujukan dibawah ini, sangat berguna dan banyak ilmiah.
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
A. PERINGKAT PENGUMPULAN TELOR
a. Induk-induk ayam hendaklah diberi makanan yang berkhasiat supaya mendapat cukup nutrition bagi proses pengeluaran telor terutama sekali mineral kalsium untuk pembentukan kulit telor yang sempurna. Kekurangan kalsium akan menyebabkan telor yang kulitnya nipis serta bentuk yang tidak sempurna. Terlebih memakan makanan berkalsium tinggi pula akan menyebabkan kulit telor terlalu keras/tebal dengan permukaan yang kasar. Jangan beri makanan dedak penelur kerana induk ayam akan bertelor tanpa kawalan dan besar kemugkinan telor tidak berbenih.
b. Induk-induk ayam hendaklah bebas dari penyakit IB(infectious Bronchitis) yang menyerang sistem pernafasan dimana ia memberi kesan langsung kepada pengeluaran dan kualiti telor serta menjejaskan peratus penetasan. Telor yang dihasilkan dari induk yang mewarisi penyakit IB adalah kasar permukaan kulit nya. Rujuk Poultry Diseases and Disorders
c. Ayam baka jantan hendaklah mencukupi bersesuaian dengan jumlah induk betina pada kadar tidak lebih 1:10 supaya telor yang dihasilkan adalah berkemungkinan tinggi berbenih(fertile egg). Induk ayam yang dalam kurungan bersama baka jantan mempunyai kemungkinan tinggi berbenih.
d. Sarang/sangkar telor hendaklah disediakan secukupnya bersesuaian dengan jumlah induk yang ada direban supaya dapat mengelakkan perebutan sangkar. Namun tidak semestinya tiada perebutan berlaku walaupun sangkar yang disediakan mencukupi.
e. Sangkar/sarang ini hendaklah diganti pelapiknya menggunakan daun lalang/ rumput/ pisang/ cebisan kertas dan di basmi kuman secara berkala. Ini dapat membasmi bakteria yang boleh masuk kedalam telor melalui liang udara (sebelum telor kering selepas dikeluarkan) yang akan merosakkan telor(berlaku fenomena 'red-ring' semasa dieram). Anda boleh guna pembasmi kuman aerosol spray Dettol yang baru diperkenalkan dipasaran. Rujuk http://anggerik-agro-farm.blogspot.com/2010/08/akhirnya-aku-temui-juga-disinfectant.html dan Poultry Diseases and Disorders
f. Telor-telor hendaklah dikutip sekerap mungkin(seboleh-boleh nya setiap petang) untuk mengelakkan telor menjadi kotor atau dieram oleh induk yang lain.
g. Induk yang telah menunjukkan tanda hendak mengeram hendaklah dikurung selama 2 minggu dan diberi makanan berkhasiat dan air minuman bervitamin supaya mempercepatkan proses persediaan untuk bertelor semula.
i. Asingkan untuk jualan telor yang terlalu kotor, berbentuk/saiz tidak normal atau terdapat garisan retak .
j. Telor-telor yang bersih hendaklah disusun diatas bekas telor terpakai(yang bersih) dan disimpan ditempat yang sesuai dengan suhu bilik tidak lebih 25 darjah C atau tidak kurang dari 17 darjah C jika disimpan didalam peti sejuk. Jauhi telor dari sinaran terik matahari dan tempias air hujan.
k. Telor-telor yang dipungut boleh disimpan selama tidak melebihi 7 hari dan sesuai untuk dieram didalam incubator.
B. PERINGKAT PERSEDIAAN TELOR MASUK INCUBATOR
a. Telor yang ada kekotoran najis atau tanah hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Pembersihan telor boleh menggunakan bahan kimia pembasmi kuman mengandungi bahan aktif Quaternary Ammonium Chloride dengan teknik yang betul atau secara menanggalkan kekotoran dengan berhati-hati menggunakan kertas pasir, berus kasar, penggosok periuk dan lain-lain cara yang difikirkan sesuai.
b. Perhatian hendaklah diambil supaya kerja pembersihan tidak menghakis lapisan jernih semulajadi yang melindungi permukaan telor dari jangkitan bakteria. Jika lapisan ini terhakis, telor akan dijangkiti bakteria semasa dalam proses awal pengeraman melalui udara atau sentuhan tangan yang kotor.
c. Bersihkan seluruh komponen incubator dari segala bentuk kekotoran yang boleh menjadi punca jangkitan bakteria kepada telor. Jika berkemampuan, sembur dengan pembasmi kuman dan biarkan sehingga kering.
d. Tangan hendaklah bersih semasa mengendalikan telor. Jika mampu, basuh dengan pembasmi kuman seperti Dettol dan lain-lain.
e. Tandakan tarikh telor dijangka menetas dengan pensil HB atau pensil warna. Penggunaan pensil HB dan pensil warna memudahkan tulisan dipadam apabila telor yang tiada berbenih dikeluarkan dari incubator selepas proses candling pada hari 4-5. Telor ini boleh dijual.
f. Sebaik-baiknya, telor dimasukkan pada hari Jumaat atau Sabtu kerana telor tersebut akan menetas pada hujung minggu selepas 21 hari. Jika anda adalah penternak sambilan yang bekerja tetap, ini memudahkan penternak mengurus anak-anak ayam yang baru menetas dengan selesa pada hujung minggu.
g. Pastikan air diisi didalam bekas yang sesuai untuk mengawal kelembapan udara didalam incubator pada paras 50% - 60%. Sediakan Hydrometer sebagai alat pengukur samada secara eletronik atau manual. Boleh didapati dikebanyakan kedai menjual barang-barang eletrik/elektronik.
h. Hidupkan pemanas/mentol lampu sehingga mencapai suhu setting dan pantau suhu 'cut-in' dan 'cut-off' bagi memastikan thermostat berfungsi dengan baik sebelum memasukkan telor kedalam incubator. Ganti semua lampu yang telah rosak.
i. Jika anda menggunakan incubator auto, pastikan sistem auto turn berfungsi dengan baik.
C. PERINGKAT AWAL PENGERAMAN
a. Telor-telor yang telah dimasukkan didalam incubator hendaklah digolek-golek sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari sehingga hari ke 18.Pastikan tangan sentiasa bersih. Bagi inkubator auto, auto turn dihidupkan sehingga hari ke 18. .
b. Secara berkala, perhatikan bacaan jangkasuhu didalam julat yang telah ditetapkan.
c. Secara berkala, perhatikan thermostat berfungsi dengan sempurna.
d. Secara berkala, perhatikan bacaan kelembapan udara pada 50%-60%.
e. Buat 'candling' pada telor se awal hari ke 3 hingga hari ke 5. Keluarkan telor yang tidak berbenih untuk dijual. Buang telor yang dijangkiti bakteria dengan melihat tanda 'red ring'.
f. Seboleh-bolehnya, gunakan inkubator yang berbeza untuk pengeraman dan penetasan. Ini membolehkan incubator pengeraman yang sama boleh digunakan untuk telor yang berbagai batch tarikh masuk.
g. Elakkan dari menggerakkan atau menggolek telor terlalu kuat. Ini boleh menyebabkan janin mati kerana gegaran yang kuat.
h. Jika suhu meningkat melebihi 41 darjah C atau 'over heating' terlalu lama, semua janin dianggap telah mati. Telor ini hendaklah dibuang.
D. PERINGKAT PERTENGAHAN PENGERAMAN
a. Tindakan yang sama seperti di para A (a) - A (d) hendaklah dilakukan.
b. Buat proses 'candling' pada hari ke 10 - 12 untuk membuang telor yang janin(embryo) mati atau tidak membesar dari keadaan sepatutnya.
c. Buat proses 'candling' sekali lagi pada hari ke 18 untuk membuang telor yang mati janin(embryo) atau tidak membesar dari keadaan sepatutnya sebelum dipindahkan ke inkubator penetasan.
E. PERINGKAT AKHIR PENGERAMAN
a. Bermula pada hari ke 18, telor-telor yang baik pembesaran janinnya hendaklah dipindahkan jika menggunakan inkubator penetasan.
b. Telor-telor ini tidak perlu digolek sehingga menetas. Bagi inkubator auto, auto turn hendaklah dihentikan.
c. Naikkan peratus kelembapan udara sehingga 70% - 80% dengan menambah bekas air atau meluaskan permukaan air dengan menambah span jika guna bekas yang sama. Kelembapan yang betul menyelamatkan janin dari kekeringan dan memudahkan telor menetas.
d. Sentiasa pantau suhu pada setting yang betul. Panas yang melampau boleh membunuh janin.
F. PERINGKAT PENETASAN TELOR
a. Telor-telor akan mula menetas seawal pada hari ke 19. Ini boleh berlaku jika telor dipungut 2-3 hari sekali. Terdapat sebahagian telor telah dieram sebelum dipungut.
b. Telor-telor yang baik pembesaran janinnya akan menetas dengan mudah secara semulajadi.
c. Terdapat juga kes-kes dimana janin tidak dapat membetulkan kedudukan badan dimana kepalanya berada disebelah hujung telur yang tajam. Setelah cukup masa, biasanya anak ayam akan menebuk secara semulajadi untuk mendapatkan udara dari luar tetapi tidak berjaya kerana tersepit. Dalam keadaan begini, biasanya anak ayam tersebut mati sebelum menetas. Menebuk dan membuka sedikit ruang udara pada bahagian paruhnya dan dibiarkan sehingga 12-24 jam dapat menyelamatkan anak ayam tersebut.
d. Terdapat juga dimana kulit telor adalah keras dan amat sukar untuk menetas sehingga menyebabkan anak ayam mati kelemasan disaat-saat akhir. Untuk menggurangkan peratus kematian janin diperingkat penetasan, telor-telor yang telah menunjukkan tanda retak dikedudukan normal boleh dibantu. Dengan menebuk lubang sebesar 2mm pada bahagian yang retak, udara dari luar dapat menyelamatkan nyawa anak ayam yang sedang berusaha untuk menetas keluar. Jika telor tidak menetas selepas 24 jam, bantuan hendaklah diberi dengan mengopek kulit telor sedikit demi sedikit. Hentikan sementara jika berlaku pendarahan dan teruskan sehingga tiada tanda pendarahan dan anak ayam akan selamat menetas.
e. Selepas 23 hari, mana-mana telor yang tidak menetas boleh dianggap janin mati diperingkat akhir. Kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Buang dan bersihkan incubator untuk batch yang baru.
Insyallah.......jika anda dapat mengamalkan semua tip-tip diatas, kejayaan peratus penetasan adalah lebih baik dari sebelumnya. Saya dah buat macam-macam ujikaji yang mempertaruhkan nyawa janin dalam telor-telor tersebut demi untuk mendapatkan kepastian dan jawapan yang betul. Pernah terjadi peratus penetasan menurun hingga 20% kerana melakukan ujikaji untuk membuktikan dakwaan seorang commenter dalam sebuah blog. Termenung juga saya menempuh situasi tersebut.
Percayalah, akhirnya saya yakin bahawa semua yang saya nyatakan diatas adalah yang terbaik setakat pengetahuan saya pada masa ini. Kejayaan boleh mencapai 70%-85% atau lebih jika anda bernasib baik. Walau bagaimanapun, masih banyak faktor-faktor yang boleh mempengaruhi peratus kejayaan seperti yang pernah saya bincangkan didalam entry sebelum ini. Rujuk http://anggerik-agro-farm.blogspot.com/2010/08/punca-kematian-di-peringkat-akhir.html. Apa yang penting, kita dah usaha untuk melakukan yang terbaik. Selebihnya, terserah pada Allah. Hidup dan mati makhlok ciptaan Nya adalah ditentukan oleh Nya.
Semuga anda mendapat kejayaan dan terus berjaya.......Insyaalah. Aminnnnn
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar