7/5(Jumaat) - Pagi tadi aku beli seekor ayam belanda betina dari Lin(Kg Medan) untuk buat teman ayam belanda wak yang dah lama menduda. Sekilo RM18, jadi kena bayar RM57. Aku camporkan sementara dalam reban anak ayam kacuk, tapi asingkan dengan sekatan. Dia kata ayam tu dah bertelor. Terima kasih kat dia sebab jual kat aku. Hari jumaat petang, aku tengok ayam tu kecoh tak tentu arah. Rupa-rupanya ia nak cari sarang untuk bertelor. Malamnya aku baru perasan ada sebiji telor atas lantai reban baru tu. Confirmlah memang ayam tu dah bertelor. Aku pun buat keputusan untuk buat reban khas untuk ayam belanda bersebelahan dengan ayam kacuk setelah berbincang dengan wak.
8/5(Sabtu) - Aku mula mencari bahan yang perlu untuk buat pagar kawasan reban. Aku gunakan link fence(pagar hijau) dan sambung dengan orkid net pada bahagian atasnya. Petang itu, pagar siap dibina. Petang itu, ayam betina bertelor lagi satu.
9/5(Ahad) - Awal-awal pagi aku dan ke reban untuk mula buat reban ayam belanda. Kali ini aku nak gunakan pallet2 yang aku beli dulu. Dapatlah siap reban tu dengan ukuran 4' x 6' dengan berbumbung zink kilang. Terus buat sangkar baru dengan lapik daun lalang. Kedua-dua ayam dah masuk reban baru dan ia nampak selesa. Amin. Hari ini, tak de telor. 2 biji telor dah masuk incubator hari ini

MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar