Minggu, 09 Mei 2010

BADGE KEDUA TELOR AYAM MENETAS

7/5(Jumaat) - Bermula malam jumaat lagi, telor badge kedua dah mula rancak menetas. ini pengalaman kedua aku menyambut kelahiran anak ayam. tapi dah tak excited sangat. Aku dah jangka memang tarikh tersebut dijangka ia akan menetas. Ini ilmu aku dapat dari Saiful dulu, dia pesan, tulis tarikh jangka menetas selepas 21 hari telor masuk. Telor pula dimasukkkan pada hujung minggu supaya ia akan menetas pada hujung minggu juga. Kebaikannya, kita ada dirumah pada hujung minggu dan dapatlah mengurus penetasan telor dan menyambut anak baru.Terima kasih kat sifu saiful.


8/5(Sabtu) - Telor semakin rancak menetas. Tapi badge kali ini tak banyak masuk. Dari pemerhatian aku, ada telor tu mudah sangat menetas. Tengok sebelum ni takde retak, sekali lagi tengok dah menetas. Ada yang lain pulak, retak dah lama, tapi tak menetas. Aku biar je, tak nak kacau. Akhirnya, dah dekat 2 hari, 2 biji yang retak, tak juga menetas, aku pun cubalah tolong buka. rupa-rupanaya dah meninggal. Menyesal pulak tak tolong. Yang aku tengok dah sehari retak, tapi tak menetas, bila aku tolong, panjang umurnya. 


Rumusannya aku dapat buat dari pengalaman sebelum ini dan pada kali ini.


1. Biarkan telor yang dah retak melalui proses semula jadi. Perhatikan satu persatu. Jika boleh, catat masa mula diperhatikan retak.
2. Jika selepas lebih 6 jam, anak ayam  tak menebuk lubang, bantu tebuk lubang untuk bernafas.
3. Jika selepas lebih 12 jam, anak ayam masih tidak menetas, cubalah besarkan retak telor untuk membantu anak ayam tersebut. Ini adalah kerana, ada sesetengah telor lapisan nipis itu liat dan kulit telur itu keras. Dalam tempoh ini, anak ayam telahpun putus tali pusatnya dari karung jernih dan tiada berlaku pendarahan. Insyaaalh, anak ayam itu akan menolak keluar dan selamat. 


Jika dibantu belah terlalu awal, pendarahan akan berlaku dan kemungkinanan besar anak ayam tidak sehat dan lemah.


Kali ini ada dua ekor anak ayam kaki lemah, sama macam badge pertama. Saya tak tahu apa puncanya, kerana ia menetas sendiri. Tetapi mungkin anak ayam itu berat dan tak mampu berdiri.




Telor ayam hutan yang dijumpai oleh anak saya dah mula menetas. Ada 3 ekor setakat pagi tadi(10/5) Dan ada baki 5 biji telor yang tak menetas. saya akan buang pada petang ini kerana dah cukup peluang. Dah teropong sebelum ini, dan telor ini tak menjadi diperingkat pertengahan. Dah nasib dia.








Tidak ada komentar:

Posting Komentar