Rabu, 19 Mei 2010

ANAK AYAM BETCH KETIGA DAH MENETAS

15/5(Sabtu) - Saat ku tunggu ketibaan ahli baru pada hari ini. Puas ku tunggu dengan debaran hati, tapi tak kunjung tiba juga sehingga ke malam harinya. Tiada berlaku penetasan pada hari ini.


16/5(

Rabu, 12 Mei 2010

REBAN ASUH BARU DI RUMAH DAH NAK SIAP

12/5(Rabu) - Hari ini dapat 10 biji telor. Ayam dah boleh terima makan hampas kelapa+hampas soya+jagung halus. Ayam belanda ada sebiji telor. Anak-anak ayam kacuk sehat. Anak-anak ayam kampung juga sehat didalam reban asuh dirumah. yang kaki terkangkang, aku dan ikat dengan getah, semuga cepat sembuh.


Malam tadi sambung buat reban asuh yang baru dirumah. Akhirnya siap juga dinding dan dawai brc dipasang. cuma tingganl bumbung je. kalau ada bahan, malam tadi juga siap. 






inilah rupanya reban asuh aku yang asalnya reban arnab.



Reban asuh yang baru siap guna bahan terpakai
(kaki meja tengah, lantai katil, plywood lebihan )



Selasa, 11 Mei 2010

REBAN ASUH BARU DI RUMAH

11/5(Selasa) - aku cuti untuk bawa anak(Fahmi & Fuad) cabut gigi. Aku juga ambil kesempatan buat scaling, maklumlah perokok, gigi kotor. Hari ini gigi cantikputih  berseri. Sebelum pergi klinik gigi, aku baut maintainance pada rebah asuh. Bersihkan reban dan kawasan belakang rumah. lepas balik dari klinik, aku dapat idea bahawa sebuah lagi reban asuh diperlukan untuk mengasingkan anak-anak ayam yang keluar dari brooder dari anak-anak ayam yang menetas sebelumnya, takut kena buli. Aku gunakan bahan katil anak yang dah terbuang dan ubahsuai jadi ranka lantai. Tampal dengan kayu lebihan sebagai tiang, lantai pakai net pvc hijau. malam tadi dah hampir siap, tinggal pintu dan bumbung saja. esok lusa, siaplah. Anak ayam kampung ada mati 2 ekor, mungkin yang lemah.


sebelah petang gi reban, tengok ayam. ayam kacuk ada yang sakit, dah bagi ubat. telor dapat 10 biji. Aku dapat bekalan hampas kelapa dari lin. satu karung plastik hitam besar(RM6) dan boleh muat 3/4 drum plastik. terus buat campuran makanan dari soya, hampas kelapa dan jagung. nampaknya ada selera sedikit ayam tu makan, tak macam sebelum ini. Semuga dengan sumber makanan yang murah dan berkhasiat ini, dapatlah projek ini diteruskan tanpa memberi kesan kos makanan yang tinggi. 









.

Minggu, 09 Mei 2010

BADGE KEDUA TELOR AYAM MENETAS

7/5(Jumaat) - Bermula malam jumaat lagi, telor badge kedua dah mula rancak menetas. ini pengalaman kedua aku menyambut kelahiran anak ayam. tapi dah tak excited sangat. Aku dah jangka memang tarikh tersebut dijangka ia akan menetas. Ini ilmu aku dapat dari Saiful dulu, dia pesan, tulis tarikh jangka menetas selepas 21 hari telor masuk. Telor pula dimasukkkan pada hujung minggu supaya ia akan menetas pada hujung minggu juga. Kebaikannya, kita ada dirumah pada hujung minggu dan dapatlah mengurus penetasan telor dan menyambut anak baru.Terima kasih kat sifu saiful.


8/5(Sabtu) - Telor semakin rancak menetas. Tapi badge kali ini tak banyak masuk. Dari pemerhatian aku, ada telor tu mudah sangat menetas. Tengok sebelum ni takde retak, sekali lagi tengok dah menetas. Ada yang lain pulak, retak dah lama, tapi tak menetas. Aku biar je, tak nak kacau. Akhirnya, dah dekat 2 hari, 2 biji yang retak, tak juga menetas, aku pun cubalah tolong buka. rupa-rupanaya dah meninggal. Menyesal pulak tak tolong. Yang aku tengok dah sehari retak, tapi tak menetas, bila aku tolong, panjang umurnya. 


Rumusannya aku dapat buat dari pengalaman sebelum ini dan pada kali ini.


1. Biarkan telor yang dah retak melalui proses semula jadi. Perhatikan satu persatu. Jika boleh, catat masa mula diperhatikan retak.
2. Jika selepas lebih 6 jam, anak ayam  tak menebuk lubang, bantu tebuk lubang untuk bernafas.
3. Jika selepas lebih 12 jam, anak ayam masih tidak menetas, cubalah besarkan retak telor untuk membantu anak ayam tersebut. Ini adalah kerana, ada sesetengah telor lapisan nipis itu liat dan kulit telur itu keras. Dalam tempoh ini, anak ayam telahpun putus tali pusatnya dari karung jernih dan tiada berlaku pendarahan. Insyaaalh, anak ayam itu akan menolak keluar dan selamat. 


Jika dibantu belah terlalu awal, pendarahan akan berlaku dan kemungkinanan besar anak ayam tidak sehat dan lemah.


Kali ini ada dua ekor anak ayam kaki lemah, sama macam badge pertama. Saya tak tahu apa puncanya, kerana ia menetas sendiri. Tetapi mungkin anak ayam itu berat dan tak mampu berdiri.




Telor ayam hutan yang dijumpai oleh anak saya dah mula menetas. Ada 3 ekor setakat pagi tadi(10/5) Dan ada baki 5 biji telor yang tak menetas. saya akan buang pada petang ini kerana dah cukup peluang. Dah teropong sebelum ini, dan telor ini tak menjadi diperingkat pertengahan. Dah nasib dia.








REBAN BARU UNTUK AYAM BELANDA DAH SIAP

7/5(Jumaat) - Pagi tadi aku beli seekor ayam belanda betina dari Lin(Kg Medan) untuk buat teman ayam belanda wak yang dah lama menduda. Sekilo RM18, jadi kena bayar RM57. Aku camporkan sementara dalam reban anak ayam kacuk, tapi asingkan dengan sekatan. Dia kata ayam tu dah bertelor. Terima kasih kat dia sebab jual kat aku. Hari jumaat petang, aku tengok ayam tu kecoh tak tentu arah. Rupa-rupanya ia nak cari sarang untuk bertelor. Malamnya aku baru perasan ada sebiji telor atas lantai reban baru tu. Confirmlah memang ayam tu dah bertelor. Aku pun buat keputusan untuk buat reban khas untuk ayam belanda bersebelahan dengan ayam kacuk setelah berbincang dengan wak. 


8/5(Sabtu) - Aku mula mencari bahan yang perlu untuk buat pagar kawasan reban. Aku gunakan link fence(pagar hijau) dan sambung dengan orkid net pada bahagian atasnya. Petang itu, pagar siap dibina. Petang itu, ayam betina bertelor lagi satu. 


9/5(Ahad) - Awal-awal pagi aku dan ke reban untuk mula buat reban ayam belanda. Kali ini aku nak gunakan pallet2 yang aku beli dulu. Dapatlah siap reban tu dengan ukuran 4' x 6' dengan berbumbung zink kilang. Terus buat sangkar baru dengan lapik daun lalang. Kedua-dua ayam dah masuk reban baru dan ia nampak selesa. Amin. Hari ini, tak de telor. 2 biji telor dah masuk incubator hari ini








MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Senin, 03 Mei 2010

REBAN BARU SIAP

Alhamdullilah, sepanjang hujung minggu lepas(1-3 May) saya dapat menyiapkan reban baru untuk anak-anak ayam. Antara kerja-kerja akhir seperti menyiapkan pagar keliling reban dari jaring terpakai yang dibeli dengan harga RM150 dari orang kampong. Komponen lain seperti dinding, pintu dan lantai dapat juga disiapkan. 


1/5(Sabtu) - Pada hari ini, genap setahun saya melibatkan diri didalam bidang penternakan iaitu ikan keli. Syukur, saya masih lagi berminat dan dapat bertahan menempuh cubaan dan dugaan didalam penternakan keli. 


Cuti hujung minggu saya manafaatkan sepenuhnya. Dirumah, saki baki telor ayam terus menetas. Anak anak ayam yang baru menetas rioh rendah dalam hatcher brooder. Baki telor yang rosak lebih kurang 15 biji. Dibuat post-mortem, ada yang anak mati diperingkat akhir kerana janin dah cukup sifat, tak berjaya keluar dari telor. Ada satu biji tu buat saya tak lupa. ketuk punya ketuk, pop... menyembur sedikit kemuka dan baju telor tembelang. nasib baik lagi, tak busuk sangat. terus basuh muka dan baju. Kenangan... tapi telor tu tak berkocak masa digoncang, sebab tu saya tak sangka ia tembelang.


Bagi telor-telor yang terpaksa dibantu kerana dah lama sangat tak keluar walau dah korek lubang, saya dapat pengalaman baru. Dari pengalaman yang dilalui, dapat dibuat kesimpulan berikut jika nak membantu telor menetas:


i.   Jika telor dah ditebok lebih dari 6 jam
ii.  Kopek perlahan lahan untuk besarkan lubang
iii. Lihat keadaan telor, jika ada pendarahan, jangan teruskan.
iv. Jika tiada pendarahan, teruskan kopek perlahan lahan.
v.  Jika ok, cuba bantu untuk membolehkan anak keluar sendiri.


Keadaan diatas berlaku mungkin anak ayam tidak cukup tenaga untuk menolak kulit telor yang keras. Saya lihat, anak-anak ayam ini tidak bermasalah. 


Tetapi jika berlaku pendarahan, anak ayam akan jadi lemah untuk tempoh yang lama dan akan pulih akhirnya. Jika pendarahan banyak, pendek umur(premature hatching))


2 ekor anak ayam yang diterapi telah pulih dan boleh berjalan sendiri. Ini bermakna adalah perlu kita membantu mana-mana anak ayam yang lemah kerana sebab-sebab yang tak diketahui.


2/5 - Pada hari ahad, anak anak ayam didalam reban asuh rumah wak telah dipindahkan ke reban asuh yang baru. Riuh rendah bunyinya bila dipindahkan. Faliq dan Fahmi bantu tangkap. Ali bantu angkat bakul. Anak anak ayam ini dah mula dididik makan soya, dan nampaknya dah menerima perut mereka. malam tido dalam reban baru. 


3/5 - Anak anak ayam dalam brooder sihat. Ada 2 ekor yang mati tak tahu sebab. yang lain-lain ok. Anak anak ayam ini yang menetas pada 28/4-1/5 telah dipindahkan kereban asuh(reban arnab)  malam 3/5. Semuanya nampak ok dan nampak aktif berlari, melompat, mematok, berlaga. Tinggal baki-baki yang masih baru didalam brooder.


3/5 - Anak -anak ayam direban baru  diberi peluang pertama menjejakkan kaki ketanah. saya biarkan turun sendiri satu persatu. gembira sangat nampaknya. melompat, terbang, mengais, berjemur, berlari. maklumlah, macam kanak-kanak kecil. Saya biarkan seharian diatas tanah. Malamnya, saya tak sedfap hati, pergi tengok kejap semasa naak-anak menunggu giliran dikedai gunting. Rupa-rupanya, semuanya berkumpul diatas tanah. tak tahu mana nak pergi. saya angkat semuanya masuk dalam reban semula supaya tak kesejukan kerana embun atau hujan. pengalaman lepas mengajar. 


3/5 - Oleh kerana terpaksa bercuti kerana jaga mak yang tak de maid(dah lari), saya ambil kesempatan dirumah siapkan incubator ke-3. Baut wiring, sapu timber tone. Tak sempat potong lubang untuk cermin. Thermostat baru samapai pada tengahari yang meransang untuk siapkan. tunggu beli thermo-hygro meter dan tray telor je. lepas tu dan boleh pakai. kesempatan itu juga diambil untuk mengecat garden chair. cantik sungguh, macam baru pula. kerusi ini diambil dari buangan dirumah mak setelah diganti lantai tempat duduk baru.




4/5 - Hari ini kerja, fara ponteng untuk berkorban jaga neneknya. Terima kasih anakku. Dia nin memang minat buat nursing. dari mula-mula wannya sakit(diumur fara 13 tahun), dia dah boleh jaga neneknya. Dia bukan penggeli. Dia boleh buat semua kerja membersihkan neneknya. Tu je anak perempuan saya. Kaki merajuk masa kecil sampai sekarang. Macam ayahnya juga.




Baru je menetas

Seronok tengok muka anay ayam, memang comel

Pagar reban baru dah siap 


Reban baru dah siap tegak, tinggal buat dinding dan palang

Baru belajar turun tanah