Senin, 27 Desember 2010

SITUASI TERKINI AAF & Persatuan Penternak Unggas Melayu Kuala Langat

28/12 - Perrrhh. Lama betul tak menulis didalam blog ni sejak serangan sampar menimpa reban AAF. Secara kebetulan pula, saya memang sebuk dengan tugasan dipejabat baru sejak mengambil alih tampok pengurusan Cawangan Marin. Memang tak dapat dinafikan, kesan yang amat mendalam kepada penternak yang diduga dengan serangan sampar. Bagi diri saya, serangan yang lalu memang cukup hebat, hanya 4 ekor induk betina saja yang selamat dari seribu lebih ayam dari semua kategori. Tempoh serangan yang melanda reban AAF agak lama, sekitar 2 minggu. Tidak seperti reban-reban rakan ternak yang berhampiran, mereka diserang dalam masa yang singkat, tetapi tetap semua habis. Tempoh serangan dikawasan Telok Panglima Garang adalah selama 3 bulan. Boleh dikatakan hampir semua penternak secara sederhana terkena serangan. Ada kawan tu, semua 300+ ayam belanda termasuk baka habis mati 2 minggu sebelum krismas. Dia tak pernah kena sampar sejak berkecimpung dalam bidang penternakan lebih 5 tahun. Memang rugi besar disaat hampir menuai hasil. Yang seorang lagi pula, pun menimpa nasib yang sama. Dia sempat jual ayamnya atau sembelih dan simpan beku untuk jualan. Tetapi anak ayam lebih 200 ekor baru masuk reban mati bersama-sama semua itik-itiknya. Dia juga tak pernah kena sebelum ini. Tak tahu kenapa pula serangan kali ini cukup maha hebat. Mungkin dugaan dariNya untuk menguji kesabaran penternak.

Bagi diri saya, kesan yang dirasai adalah terasa hilang mood nak ke reban. Mana nak ada mood kalau reban dah kosong dan sunyi sepi. Kalau sebelum serangan, setiap hari bekerja saya ke reban pada waktu subuh(bagi makan), petang(bagi makan) dan malam(tutup pintu reban). Kalau week end, dah tentu sepanjang hari menjalankan pelbagai aktiviti tanpa rasa jemu atau penat. Memang patutlah banyak blog-blog penternak sebelum ini tak aktif lagi kalau dah kena serangan. mungkin tidak ada apa yang nak diceritakan kalau ayam dan modal sudah habis.

Ini petikan dari blog Maria Firdaus pasal sampar ayam untuk penternak ayam daging. Bukan penternak ayam kampong je yang kena oiiiiii

"Bunyi macam seronok la kan... Seolah2 org bela ayam untung banyak.. Lepas tu sy sembang lagi la dengan dia. Dia cerita pasal penyakit ND yg sedang serang banyak ayam di Utara. Macam yg Okaz kata, kena sampar ayam. Dia kata ada kawan dia yg bela ayam 36,000 ekor tapi boleh jual 12,000 ekor saja. Lagi 24,000 ekor ayam mati akibat sakit. Lagi seorang, bela ayam 16,000 ekor tapi boleh jual 4,000 ekor sahaja.. Fuhh... Nauzubillah. Jangan la ND ni serang ayam di reban ayam sy dan direban kawan2 yg sy kenal..".



Perkembangan terkini di reban AAF pula. Setakat ini, semua baki anak-anak ayam pelbagai peringkat umur(+-400 ekor) yang terselamat semasa serangan disebabkan masih dalam incubator dirumah dan baru menetas telah membesar dan telah dipindahkan ke reban. Semuanya sehat-sehat dan membesar dengan baik. Kematian biasa ada berlaku, tetapi sangat sedikit. Keadaan meriah semula dan kedatangan saya ke reban akan disambut dengan larian yang seronok dilihat untuk meminta makan. Saya kembali bersemangat untuk meneruskan projek ini. Saya bercadang untuk membesarkan semuanya sebagai baka untuk kembali semula seperti perancangan awal iaitu AAF adalah penternak, penjual ayam, penjual anak ayam dan penjual telor. Namun perjalanan masih jauh kerana ayam-ayam ini masih kategori kecil. Untuk mempercepatkan semula perancangan asal berada diatas landasan yang betul, saya akan berusaha mendapatkan induk-induk baru dari mana-mana penternak lain yang berdekatan atau dari pembekal-pembekal. Dengan adanya induk-induk baru, projek penetasan telor untuk mendapatkan anak-anak ayam untuk jualan dapat dipercepatkan. Insyallah saya akan kembali aktif menulis, tetapi ikut keadaan dan jika ada bahan untuk ditulis.

Untuk makluman penternak-perternak ayam dan unggas lain sekitar daerah Kuala Langat, pada 27/12/2010 jam 8.00 malam, satu mesyuarat telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 15 penternak untuk menubuhkan persatuan penternak bagi kawasan Kuala Langat. Hasil dari mesyuarat tersebut, keputusan telah dibuat menamakan persatuan tersebut sebagai Persatuan Penternak Unggas Melayu Kuala Langat. Jawatan kuasa telah dilantik untuk tujuan mendaftarkan persatuan tersebut. Saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi. Oleh yang demikian, kepada penternak dikawasan Kuala Langat adalah dijemput untuk mendaftar sebagai ahli. Yuran masuk adalah RM50(sekali saja) dan yuran ahli(tahunan) adalah RM50. Kepada yang berminat, boleh mendapat matlumat lanjut dari setiausaha persatuan, En. Zaidi(016-6172509). Penternak-penternak dari luar daerah Kuala Langat boleh menjadi ahli bersekutu. Mungkin dengan adanya persatuan ini nanti, segala masalah berkaitan industri penternakan unggas dapat dimajukan ke saluran yang betul untuk mendapat perhatian pehak-pehak tertentu dengan lebih berkesan. Insyallah.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru. Semuga semua sukses didalam bidang masing-masing.



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com


Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com



Senin, 29 November 2010

PERKEMBANGAN TERKINI

Salam semua.

Dah 2 minggu saya tak update blog. Saya agak sebok pada kebelakangan ini selepas mengetuai cawangan di tempat tugas baru saya. Itulah agaknya rahmat disebalik kejadian yang menimpa reban saya. Jika tak, tentu saya terlalu amat sebuk siang dan malam serta tidak dapat meluangkan masa untuk keluarga saya di sepanjang musim cuti sekolah ini. Kesempatan dari kelapangan yang ada, saya manafaatkan untuk melayan anak-anak saya serta membuat senggaraan dirumah.

2 minggu yang lepas, saya telah membuat kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman ke seluruh kawasan reban. Saya menggunakan high pressure pump untuk membersihkan najis ayam serta menyembur diinfectant. Mudah-mudahan semua kuman tersebut dapat dibasmi.

Selepas selang 3 hari, saya mencuba memasukkan ank-anak ayam yang berumur 5 minggu untuk percubaan. Alhamdulilah, setelah beberapa hari, anak ayam masih sehat dan aktif tanpa menunjukkan apa-apa tanda serangan. Seterusnya saya memindahkan pula anak-anak yang berumur 3 dan 4 minggu. Setakat ini semuanya masih baik. Saya berdoa dan berharap agar tiada lagi serangan sampar melalui bawaan angin dari kawasan sekitar kereban saya. Jika bukan kerana anak-anak ayam ini dah bayak berak sehingga mengeluarkan bau yang kurang senang diwaktu malam, saya tak pindahkan lagi. Tapi keadaan memaksa demi keselesaan dirumah serta jiran tetangga, saya serahkan saja pada nasib. Jika ada rezeki, membesarlah anak-anak ayam ini sebagai pewaris kepada keturunan mereka sehingga boleh membiak dimasa hadapan. Semuga kitaran serangan ini biarlah lama, janganlah didalam masa terdekat atau dalam masa yang singkat. Klalau berlaku seperti yang tidak diingini, mungkin saya tutup reban kerana tiada apa yang nak diternak lagi.

Jika keadaan mengizinkan dan ada bekalan saya akan membeli sedikit demi sedikit induk baru sebagai penelur. Incubator saya sudah rehat tanpa telor untuk dieram lagi. Orang kampong juga tak ada telor untuk dijual. mereka juga terkena serangan sampar. Memang hebat kali ini. Sebentar tadi, saya dapat matlumat dari rakan saya yang pulang dari kampongnya di Trengganu, disana juga terkena dalam serangan sampar. kepada rakan-rakan ternak di Trengganu, ambillah tindakan yang perlu untuk mengelak bencana ini. Negeri-negeri lain dah teruk kena, semuga rakan-rakan ternak yang saya kenali melalui blog dijauhi bencana ini.

Insyallah, kita bertemu lagi.

Wassalam

MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau : http://pembekal-kayu-bakau.com 

                                     : http://pembekal-kayu-bakau.blogspot.com

Pembekal Atap Nipah : http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com

Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com


Jumat, 19 November 2010

KEMBALI BERBLOGGER

Assalamualikum w.b.t.

Lama betul tak menulis. Kali terakhir adalah pada 30/10 apabila sampar mula menyerang reban saya. Hari ini baru ada kesenangan dan kelapangan untuk menulis setelah semua urusan penting dah selesai. Sejak dari serangan bermula, saya serahkan segalanya pada Allah untuk menentukan segalanya. Segala usaha telah saya lakukan untuk mencegah serangan sampar ini sejak dari mula lagi. Tetapi keadaan tidak dapat dikawal, serangan yang pertama kali menimpa reban dan ternakan seolah-olah seperti gelombang tsunami yang melanda pantai. Ayam hutan tidor atas pokok dan didalam reban atas berkurung pun tidak terkecuali. Apatah lagi anak-anak ayam kampong.

Sejak tanda-tanda sampar mula menyerang ternakan ayam laga dan ayam hutan anak tuan tanah, saya telah cuba menghalang serangan seterusnya dengan menyembur disinfectant dan memberi vaksin NCD. Selepas seminggu, barulah ada menunjukkan tanda-tanda serangan kedua apabila induk-induk betina seekor demi seekor tumbang. Serangan kedua hanya menyerang induk-induk sahaja. Hari demi hari, induk pun habis tewas disertai dengan serangan berikutnya pada anak-anak ayam fasa 1 yang telah hampir sekilo beratnya yang hidup bebas. Diikuti dengan serangan terhadap anak-anak ayam yang didalam reban berkurung. Seterusnya serangan terhadap anak-anak ayam fasa 2, 3,4 dan seterusnya.

Setiap hari seguni bekas makanan ayam, saya pungut anak ayam mati. Ada yang dibuang didalam sungai, dan ada juga yang ditanam. Mana-mana anak ayam yang dah murung, saya tangkap dan sembelih untuk dibuang. Pada peringkat ini, saya dapati ada sekumpulan ayam yang bebas tidak menunjukkan kesan serangan. Mereka tetap ceria dan berlari-lari. Saya mengharap anak-anak ayam bersama kumpulan anak-anak ayam yang berada didalam 4 reban asuh akhir bakal mengekalkan keriuhan direban apabila serangan sampar berlalu. Sangkaan saya meleset sama sekali, apabila ayam yang bebas mula termenung seekor demi seekor dan akhirnya mati atau saya sembelih. Sekali lagi saya menaruh harapan, semuga anak-anak ayam yang berada didalam kurungan didalam reban asuh akhir ini dapat menyambung warisan ibu-ibu mereka. Setelah 2 minggu serangan, akhirnya ada tanda-tanda anak ayam ini diserang sampar. Terdapat 4 reban asuh akhir belbagai peringkat umur. Serangan bermula dari anak yang paling muda seterusnya mengikut seniority. Lama-lama, saya terima sajalah kehendak alam. Saya redha dengan kejadian ini dan menganggap sebagai dugaan pertama dalam bidang yang baru saya ceburi. Akhirnya, baki ayam yang tinggal hanyalah 4 ekor induk betina yang sedang mengeram. Ia selamat mungkin kerana tidak turun ketanah sepanjang serangan itu.

Untuk meredakan perasaan, saya pun meninjau rakan-rakan ternak berhampiran yang saya kenali. Rata-rata mereka yang menternak secara agak besar-besaran semuanya habis mati ternakan mereka, walaupun yang tengah mengeram. Pak Cik tu kata, sepanjang dia menternak, tak pernah kena serangan sampar. Inilah kali pertama serangan menimpa rebannya. Tetapi ada juga yang menternak kecil-kecilan juga terkena habis. Saya tinjau lagi, terdapat juga penternak yang selamat dari serangan. Rupa-rupanya, serangan bermula dari kawasan Sijangkang, Batu 9 dan Pulau Carey. Angin laut yang membawa virus kearah reban saya serta semua reban-reban didalam laluannya. Saya tak mampu mengelak.

Mujurlah ada baki telor dan anak-anak ayam yang masih kecil yang ada dirumah. Pada ketika ini, ada sejumlah hampir 400 anak yang masih sihat terselamat. Inilah rupa-rupanya baki warisan untuk saya menyambung aktiviti ternakan saya. Ada yang dah besar, sepatutnya dah pindah, tetapi saya tangguhkan sehingga keadaan benar-benar selamat. Walaupun reban agak kecil, saya biarkan dulu.

Keadaan tidak menentu. Ada yang kata serangan ini belum reda lagi. Ada penternak diserang sehingga 2 atau 3 kali. tak tahu nak ramal keadaan. harap-harap ia dah benar-benar reda. Anak tuan tanah sudah memasukkan induk ayam laga kedalam rebannya. Jika ia dapat bertahan untuk seminggu dua ni, barulah saya yakin keadaan dan benar-benar pulih. Saya akan membasmi kuman direban pada hujung minggu ini. Dan saya akan pindahkan anak ayam yang dah besar secara berperingkat-peringkat.

Bila saya datang melawat reban sekarang ni, terasa sangat sunyi. Terkenang suatu ketika disaat anak-anak dan induk begitu riuh dan berlari datang menghampiri saya apabila membawa makanan. Memang saat yang amat menyeronokkan. Insyaalah, saya akan terus menternak. Yang jadi masalah sekarang, walaupun saya ada modal, tetapi masalahnya sekarang, mana nak cari dan beli induk baru. Bila dah takde induk, incubator rehat panjanglah nampaknya sehinggalah dapat induk. Tak tahu bila agaknya. Pembekal utama saya, Ayam Opah pun takde bekalan macam dulu-dulu. Dia pun merangkak juga nak cari induk. Nak tunggu anak-anak ayam yan ada membesar, dah tentu kena tunggu lagi 6 bulan untuk mula bertelor agaknya...itu pun tak tentu agaknya. Anyway, saya dah ada aset reban, jika ada induk pada masa akan datang, cuma tinggal beli je. Tak perlu nak bertukang lagi macam dulu-dulu..itu lah senangnya pulak.

Walaupun ternakan saya tewas, Allah murahkan rezeki saya disuatu sudut yang lain. Saya mendapat banyak tempahan atap lalang Bali dihujung tahun ini. Jika ada rezeki, mungkin saya akan impot 3 kontena sehingga awal Januari tahun depan secara berperingkat. Saya juga telah dinaikkan pangkat lagi . Itulah agaknya rezeki dan dugaan Allah.

Sekian perkembangan terkini Anggerik Agro Farm. Semuga ketemu lagi..

Insyallah.

MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau : http://pembekal-kayu-bakau.com 

                                     : http://pembekal-kayu-bakau.blogspot.com

Pembekal Atap Nipah : http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com

Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Jumat, 29 Oktober 2010

SAMPAR MENYERANG AYAM LAGI

30/10 - Waduhhhhhh. Sekarang ini, hampir seluruh kampong di kawasan ternakan saya heboh memperkatakan isu serangan sampar. Rata-rata reban mereka dah kosong. Reban saya juga tidak terkecuali. Semua ayam laga dan ayam hutan termasuk ayam belanda anak tuan tanah dah mati 2-3 hari yang lepas. Yang merisaukan adalah, reban dia bersebelahan pagar dawai sahaja dengan reban-reban saya. Apa lagi, saya terus menyembur dengan disinfectant seluruh reban dia dan reban saya sekali. Nampaknya tak dapat dielakkan, sudah 3 ekor bapak ayam dewasa dan 3 ekor induk dewasa dah mati pada hari yang sama. Namun keadaan masih lagi terkawal untuk ayam-ayam yang lain termasuk anak-anak ayam yang dah besar.

Yang malangnya, saya tidak berkesempatan langsung untuk memberi vaksin ND pada ayam-ayam tu kerana kesibukan kerja dan hujan awal pagi yang menghalang saya untuk memberi vaksin tersebut sebelum pergi kerja. Saya tak dapat mengelak kejadian ini jika menimpa pada seluruh reban saya. Namun pemberian vaksin pada musim yang lalu mungkin masih bertahan atau mungkin ada yang dah luput.

Saya akan beri vaksin pagi sabtu ini. Semuga tidak terlewat...

Ya Allah, lindungilah baki-baki ayam yang ada dari serangan wabak sampar ini. KepadaMu aku berserah. Jika ia baik bagi diriku, aku terima sebagai kehendakMu untuk menguji diriku. Jika ia menjadikan aku lemah untuk meneruskan ternakan ini, Kau jauhilah ia dari diri dan ternakanku..AMIN....


BERITA BAIK

Telor-telor yang dieram menggunakan incubator sejak kebelakangan ini memberikan % penetasan yang amat tinggi diantara 80% hingga 90%. Ini sangat berkait rapat dengan tindakan saya memutar telor 2-5 kali sehari. Telor yang diserang jangkitan bakteria juga amat sedikit. Ini pula berkait rapat dengan tindakan saya membersihkandan membasmi kuman sangkar-sangkar telor .

AMIN.....

MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau : http://pembekal-kayu-bakau.com 

                                     : http://pembekal-kayu-bakau.blogspot.com


Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com

Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Minggu, 24 Oktober 2010

ANAK AYAM UNTUK DIIJUAL



24/10 - Anggerik Agro Farm mula menjual anak-anak ayam mulai sekarang. Setiap kali telor-telor menetas dari incubator, anak-anak ayam akan dibesarkan terlebih dahulu atau dijual berdasarkan permintaan. Ini adalah kerana bilangan anak ayam yang sedang membesar direban sudah mencukupi untuk dijadikan induk apabila matang nanti. Perancangan AAF sekarang adalah untuk menyediakan seberapa banyak induk yang mungkin sebagai persediaan untuk menjadi pembekal anak-anak ayam kampong ori bagi kawasan berhampiran Selangor , Negeri Sembilan dan Wilayah Perseketuan atau mana-mana negeri yang berminat.

Tempahan boleh dibuat melalui email: hedflyn_enterprise@yahoo.com dengan menyatakan nama, daerah anda tinggal, nombor telefon untuk dihubungi dan/atau alamat blog/email untuk dihubungi dan jumlah yang hendak dibeli secara terperinci jika menempah berbagai peringkat umur.

Sebarang pertanyaan/tempahan boleh dibuat melalui handphone 019-7786837 @ 012-6574123 atau melalui chat box.

Masa untuk mengambil tempahan hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja atau diselepas 8.00 malam pada hari bekerja(isnin - jumaat).

Apabila mana-mana stok kategori anak ayam telah habis dijual, satu makluman didalam entry/post terkini akan dibuat.

Umur dan Harga :
12 minggu - RM 10.00 - 40 ekor
10 minggu - RM 8.00 - 80 ekor
4 minggu - RM 4.00 - 40 ekor
3 minggu - RM 3.50 - 60 ekor
2 minggu - RM 3.00 - 50 ekor
1 minggu - RM 2.50 - 30 ekor

Jumlah anak ayam diatas adalah anggaran sahaja.

Keadaan ayam sangat sehat. Setakat ini, % kematian adalah kurang dari 3% hingga umur 3 bulan. Satu tanda anak-anak ayam ini mempunyai daya tahan yang tinggi. Sesuai untuk dijadikan induk apabila besar.

Bekas tidak disediakan, sila bawa sendiri sesuai dengan kuantit yang hendak dibeli.

Siapa cepat atau siapa sampai dulu - dia yang punya.

Tiada lawatan ke reban dibenarkan buat masa ini sebagai langkah keselamatan/biosecurity. Ayam akan diambil dari rumah saya.

Terima kasih.

MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau : http://pembekal-kayu-bakau.com 

                                     : http://pembekal-kayu-bakau.blogspot.com

Pembekal Atap Nipah : http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Rabu, 20 Oktober 2010

TIP-TIP MENINGKATKAN PERATUS PENETASAN GUNA INCUBATOR

Entry kali ini adalah tip-tip yang boleh diguna pakai dalam usaha meningkatkan peratus penetasan telor yang dieram menggunakan incubator manual/auto dimana berkenaan. Tip-tip ini dihimpun melalui pengalaman sendiri dan juga dari blog-blog rakan-rakan ternak serta matlumat dari website luar negara yang diperolehi melalui ujian yang saintifik. Semuga pengguna incubator yang baru atau lama dapat menggurangkan masalah dan meningkatkan peratusan menetas yang tinggi. Insyaalah.



MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com


A. PERINGKAT PENGUMPULAN TELOR

a. Induk-induk ayam hendaklah diberi makanan yang berkhasiat supaya mendapat cukup nutrition bagi proses pengeluaran telor terutama sekali mineral kalsium untuk pembentukan kulit telor yang sempurna. Kekurangan kalsium akan menyebabkan telor yang kulitnya nipis serta bentuk yang tidak sempurna. Terlebih memakan makanan berkalsium tinggi pula akan menyebabkan kulit telor terlalu keras/tebal dengan permukaan yang kasar. Jangan beri makanan dedak penelur kerana induk ayam akan bertelor tanpa kawalan dan besar kemugkinan telor tidak berbenih.

b. Induk-induk ayam hendaklah bebas dari penyakit IB(infectious Bronchitis) yang menyerang sistem pernafasan dimana ia memberi kesan langsung kepada pengeluaran dan kualiti telor serta menjejaskan peratus penetasan. Telor yang dihasilkan dari induk yang mewarisi penyakit IB adalah kasar permukaan kulit nya. Rujuk Poultry Diseases and Disorders

c. Ayam baka jantan hendaklah mencukupi bersesuaian dengan jumlah induk betina pada kadar tidak lebih 1:10 supaya telor yang dihasilkan adalah berkemungkinan tinggi berbenih(fertile egg). Induk ayam yang dalam kurungan bersama baka jantan mempunyai kemungkinan tinggi berbenih.

d. Sarang/sangkar telor hendaklah disediakan secukupnya bersesuaian dengan jumlah induk yang ada direban supaya dapat mengelakkan perebutan sangkar. Namun tidak semestinya tiada perebutan berlaku walaupun sangkar yang disediakan mencukupi.

e. Sangkar/sarang ini hendaklah diganti pelapiknya menggunakan daun lalang/ rumput/ pisang/ cebisan kertas dan di basmi kuman secara berkala. Ini dapat membasmi bakteria yang boleh masuk kedalam telor melalui liang udara (sebelum telor kering selepas dikeluarkan) yang akan merosakkan telor(berlaku fenomena 'red-ring' semasa dieram). Anda boleh guna pembasmi kuman aerosol spray Dettol yang baru diperkenalkan dipasaran. Rujuk http://anggerik-agro-farm.blogspot.com/2010/08/akhirnya-aku-temui-juga-disinfectant.html dan Poultry Diseases and Disorders

f. Telor-telor hendaklah dikutip sekerap mungkin(seboleh-boleh nya setiap petang) untuk mengelakkan telor menjadi kotor atau dieram oleh induk yang lain.

g. Induk yang telah menunjukkan tanda hendak mengeram hendaklah dikurung selama 2 minggu dan diberi makanan berkhasiat dan air minuman bervitamin supaya mempercepatkan proses persediaan untuk bertelor semula.

i. Asingkan untuk jualan telor yang terlalu kotor, berbentuk/saiz tidak normal atau terdapat garisan retak .

j. Telor-telor yang bersih hendaklah disusun diatas bekas telor terpakai(yang bersih) dan disimpan ditempat yang sesuai dengan suhu bilik tidak lebih 25 darjah C atau tidak kurang dari 17 darjah C jika disimpan didalam peti sejuk. Jauhi telor dari sinaran terik matahari dan tempias air hujan.

k. Telor-telor yang dipungut boleh disimpan selama tidak melebihi 7 hari dan sesuai untuk dieram didalam incubator.


B. PERINGKAT PERSEDIAAN TELOR MASUK INCUBATOR

a. Telor yang ada kekotoran najis atau tanah hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Pembersihan telor boleh menggunakan bahan kimia pembasmi kuman mengandungi bahan aktif Quaternary Ammonium Chloride dengan teknik yang betul atau secara menanggalkan kekotoran dengan berhati-hati menggunakan kertas pasir, berus kasar, penggosok periuk dan lain-lain cara yang difikirkan sesuai.

b. Perhatian hendaklah diambil supaya kerja pembersihan tidak menghakis lapisan jernih semulajadi yang melindungi permukaan telor dari jangkitan bakteria. Jika lapisan ini terhakis, telor akan dijangkiti bakteria semasa dalam proses awal pengeraman melalui udara atau sentuhan tangan yang kotor.


c. Bersihkan seluruh komponen incubator dari segala bentuk kekotoran yang boleh menjadi punca jangkitan bakteria kepada telor. Jika berkemampuan, sembur dengan pembasmi kuman dan biarkan sehingga kering.

d. Tangan hendaklah bersih semasa mengendalikan telor. Jika mampu, basuh dengan pembasmi kuman seperti Dettol dan lain-lain.

e. Tandakan tarikh telor dijangka menetas dengan pensil HB atau pensil warna. Penggunaan pensil HB dan pensil warna memudahkan tulisan dipadam apabila telor yang tiada berbenih dikeluarkan dari incubator selepas proses candling pada hari 4-5. Telor ini boleh dijual.

f. Sebaik-baiknya, telor dimasukkan pada hari Jumaat atau Sabtu kerana telor tersebut akan menetas pada hujung minggu selepas 21 hari. Jika anda adalah penternak sambilan yang bekerja tetap, ini memudahkan penternak mengurus anak-anak ayam yang baru menetas dengan selesa pada hujung minggu.

g. Pastikan air diisi didalam bekas yang sesuai untuk mengawal kelembapan udara didalam incubator pada paras 50% - 60%. Sediakan Hydrometer sebagai alat pengukur samada secara eletronik atau manual. Boleh didapati dikebanyakan kedai menjual barang-barang eletrik/elektronik.

h. Hidupkan pemanas/mentol lampu sehingga mencapai suhu setting dan pantau suhu 'cut-in' dan 'cut-off' bagi memastikan thermostat berfungsi dengan baik sebelum memasukkan telor kedalam incubator. Ganti semua lampu yang telah rosak.

i. Jika anda menggunakan incubator auto, pastikan sistem auto turn berfungsi dengan baik.


C. PERINGKAT AWAL PENGERAMAN

a. Telor-telor yang telah dimasukkan didalam incubator hendaklah digolek-golek sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari sehingga hari ke 18.Pastikan tangan sentiasa bersih. Bagi inkubator auto, auto turn dihidupkan sehingga hari ke 18. .

b. Secara berkala, perhatikan bacaan jangkasuhu didalam julat yang telah ditetapkan.

c. Secara berkala, perhatikan thermostat berfungsi dengan sempurna.

d. Secara berkala, perhatikan bacaan kelembapan udara pada 50%-60%.

e. Buat 'candling' pada telor se awal hari ke 3 hingga hari ke 5. Keluarkan telor yang tidak berbenih untuk dijual. Buang telor yang dijangkiti bakteria dengan melihat tanda 'red ring'.

f. Seboleh-bolehnya, gunakan inkubator yang berbeza untuk pengeraman dan penetasan. Ini membolehkan incubator pengeraman yang sama boleh digunakan untuk telor yang berbagai batch tarikh masuk.

g. Elakkan dari menggerakkan atau menggolek telor terlalu kuat. Ini boleh menyebabkan janin mati kerana gegaran yang kuat.

h. Jika suhu meningkat melebihi 41 darjah C atau 'over heating' terlalu lama, semua janin dianggap telah mati. Telor ini hendaklah dibuang.


D. PERINGKAT PERTENGAHAN PENGERAMAN

a. Tindakan yang sama seperti di para A (a) - A (d) hendaklah dilakukan.

b. Buat proses 'candling' pada hari ke 10 - 12 untuk membuang telor yang janin(embryo) mati atau tidak membesar dari keadaan sepatutnya.

c. Buat proses 'candling' sekali lagi pada hari ke 18 untuk membuang telor yang mati janin(embryo) atau tidak membesar dari keadaan sepatutnya sebelum dipindahkan ke inkubator penetasan.


E. PERINGKAT AKHIR PENGERAMAN

a. Bermula pada hari ke 18, telor-telor yang baik pembesaran janinnya hendaklah dipindahkan jika menggunakan inkubator penetasan.

b. Telor-telor ini tidak perlu digolek sehingga menetas. Bagi inkubator auto, auto turn hendaklah dihentikan.

c. Naikkan peratus kelembapan udara sehingga 70% - 80% dengan menambah bekas air atau meluaskan permukaan air dengan menambah span jika guna bekas yang sama. Kelembapan yang betul menyelamatkan janin dari kekeringan dan memudahkan telor menetas.

d. Sentiasa pantau suhu pada setting yang betul. Panas yang melampau boleh membunuh janin.


F. PERINGKAT PENETASAN TELOR

a. Telor-telor akan mula menetas seawal pada hari ke 19. Ini boleh berlaku jika telor dipungut 2-3 hari sekali. Terdapat sebahagian telor telah dieram sebelum dipungut.

b. Telor-telor yang baik pembesaran janinnya akan menetas dengan mudah secara semulajadi.

c. Terdapat juga kes-kes dimana janin tidak dapat membetulkan kedudukan badan dimana kepalanya berada disebelah hujung telur yang tajam. Setelah cukup masa, biasanya anak ayam akan menebuk secara semulajadi untuk mendapatkan udara dari luar tetapi tidak berjaya kerana tersepit. Dalam keadaan begini, biasanya anak ayam tersebut mati sebelum menetas. Menebuk dan membuka sedikit ruang udara pada bahagian paruhnya dan dibiarkan sehingga 12-24 jam dapat menyelamatkan anak ayam tersebut.

d. Terdapat juga dimana kulit telor adalah keras dan amat sukar untuk menetas sehingga menyebabkan anak ayam mati kelemasan disaat-saat akhir. Untuk menggurangkan peratus kematian janin diperingkat penetasan, telor-telor yang telah menunjukkan tanda retak dikedudukan normal boleh dibantu. Dengan menebuk lubang sebesar 2mm pada bahagian yang retak, udara dari luar dapat menyelamatkan nyawa anak ayam yang sedang berusaha untuk menetas keluar. Jika telor tidak menetas selepas 24 jam, bantuan hendaklah diberi dengan mengopek kulit telor sedikit demi sedikit. Hentikan sementara jika berlaku pendarahan dan teruskan sehingga tiada tanda pendarahan dan anak ayam akan selamat menetas.

e. Selepas 23 hari, mana-mana telor yang tidak menetas boleh dianggap janin mati diperingkat akhir. Kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Buang dan bersihkan incubator untuk batch yang baru.

Insyallah.......jika anda dapat mengamalkan semua tip-tip diatas, kejayaan peratus penetasan adalah lebih baik dari sebelumnya. Saya dah buat macam-macam ujikaji yang mempertaruhkan nyawa janin dalam telor-telor tersebut demi untuk mendapatkan kepastian dan jawapan yang betul. Pernah terjadi peratus penetasan menurun hingga 20% kerana melakukan ujikaji untuk membuktikan dakwaan seorang commenter dalam sebuah blog. Termenung juga saya menempuh situasi tersebut.

Percayalah, akhirnya saya yakin bahawa semua yang saya nyatakan diatas adalah yang terbaik setakat pengetahuan saya pada masa ini. Kejayaan boleh mencapai 70%-85% atau lebih jika anda bernasib baik. Walau bagaimanapun, masih banyak faktor-faktor yang boleh mempengaruhi peratus kejayaan seperti yang pernah saya bincangkan didalam entry sebelum ini. Rujuk http://anggerik-agro-farm.blogspot.com/2010/08/punca-kematian-di-peringkat-akhir.html. Apa yang penting, kita dah usaha untuk melakukan yang terbaik. Selebihnya, terserah pada Allah. Hidup dan mati makhlok ciptaan Nya adalah ditentukan oleh Nya.

Semuga anda mendapat kejayaan dan terus berjaya.......Insyaalah. Aminnnnn




MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH

Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com

                                     : http://www.facebook.com/pembekalkayubakau

Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com


Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com

Bacalah rujukan dibawah ini, sangat berguna dan banyak ilmiah.