28/12 - Perrrhh. Lama betul tak menulis didalam blog ni sejak serangan sampar menimpa reban AAF. Secara kebetulan pula, saya memang sebuk dengan tugasan dipejabat baru sejak mengambil alih tampok pengurusan Cawangan Marin. Memang tak dapat dinafikan, kesan yang amat mendalam kepada penternak yang diduga dengan serangan sampar. Bagi diri saya, serangan yang lalu memang cukup hebat, hanya 4 ekor induk betina saja yang selamat dari seribu lebih ayam dari semua kategori. Tempoh serangan yang melanda reban AAF agak lama, sekitar 2 minggu. Tidak seperti reban-reban rakan ternak yang berhampiran, mereka diserang dalam masa yang singkat, tetapi tetap semua habis. Tempoh serangan dikawasan Telok Panglima Garang adalah selama 3 bulan. Boleh dikatakan hampir semua penternak secara sederhana terkena serangan. Ada kawan tu, semua 300+ ayam belanda termasuk baka habis mati 2 minggu sebelum krismas. Dia tak pernah kena sampar sejak berkecimpung dalam bidang penternakan lebih 5 tahun. Memang rugi besar disaat hampir menuai hasil. Yang seorang lagi pula, pun menimpa nasib yang sama. Dia sempat jual ayamnya atau sembelih dan simpan beku untuk jualan. Tetapi anak ayam lebih 200 ekor baru masuk reban mati bersama-sama semua itik-itiknya. Dia juga tak pernah kena sebelum ini. Tak tahu kenapa pula serangan kali ini cukup maha hebat. Mungkin dugaan dariNya untuk menguji kesabaran penternak.
Bagi diri saya, kesan yang dirasai adalah terasa hilang mood nak ke reban. Mana nak ada mood kalau reban dah kosong dan sunyi sepi. Kalau sebelum serangan, setiap hari bekerja saya ke reban pada waktu subuh(bagi makan), petang(bagi makan) dan malam(tutup pintu reban). Kalau week end, dah tentu sepanjang hari menjalankan pelbagai aktiviti tanpa rasa jemu atau penat. Memang patutlah banyak blog-blog penternak sebelum ini tak aktif lagi kalau dah kena serangan. mungkin tidak ada apa yang nak diceritakan kalau ayam dan modal sudah habis.
Ini petikan dari blog Maria Firdaus pasal sampar ayam untuk penternak ayam daging. Bukan penternak ayam kampong je yang kena oiiiiii
"Bunyi macam seronok la kan... Seolah2 org bela ayam untung banyak.. Lepas tu sy sembang lagi la dengan dia. Dia cerita pasal penyakit ND yg sedang serang banyak ayam di Utara. Macam yg Okaz kata, kena sampar ayam. Dia kata ada kawan dia yg bela ayam 36,000 ekor tapi boleh jual 12,000 ekor saja. Lagi 24,000 ekor ayam mati akibat sakit. Lagi seorang, bela ayam 16,000 ekor tapi boleh jual 4,000 ekor sahaja.. Fuhh... Nauzubillah. Jangan la ND ni serang ayam di reban ayam sy dan direban kawan2 yg sy kenal..".
Perkembangan terkini di reban AAF pula. Setakat ini, semua baki anak-anak ayam pelbagai peringkat umur(+-400 ekor) yang terselamat semasa serangan disebabkan masih dalam incubator dirumah dan baru menetas telah membesar dan telah dipindahkan ke reban. Semuanya sehat-sehat dan membesar dengan baik. Kematian biasa ada berlaku, tetapi sangat sedikit. Keadaan meriah semula dan kedatangan saya ke reban akan disambut dengan larian yang seronok dilihat untuk meminta makan. Saya kembali bersemangat untuk meneruskan projek ini. Saya bercadang untuk membesarkan semuanya sebagai baka untuk kembali semula seperti perancangan awal iaitu AAF adalah penternak, penjual ayam, penjual anak ayam dan penjual telor. Namun perjalanan masih jauh kerana ayam-ayam ini masih kategori kecil. Untuk mempercepatkan semula perancangan asal berada diatas landasan yang betul, saya akan berusaha mendapatkan induk-induk baru dari mana-mana penternak lain yang berdekatan atau dari pembekal-pembekal. Dengan adanya induk-induk baru, projek penetasan telor untuk mendapatkan anak-anak ayam untuk jualan dapat dipercepatkan. Insyallah saya akan kembali aktif menulis, tetapi ikut keadaan dan jika ada bahan untuk ditulis.
Untuk makluman penternak-perternak ayam dan unggas lain sekitar daerah Kuala Langat, pada 27/12/2010 jam 8.00 malam, satu mesyuarat telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 15 penternak untuk menubuhkan persatuan penternak bagi kawasan Kuala Langat. Hasil dari mesyuarat tersebut, keputusan telah dibuat menamakan persatuan tersebut sebagai Persatuan Penternak Unggas Melayu Kuala Langat. Jawatan kuasa telah dilantik untuk tujuan mendaftarkan persatuan tersebut. Saya telah dilantik sebagai Naib Pengerusi. Oleh yang demikian, kepada penternak dikawasan Kuala Langat adalah dijemput untuk mendaftar sebagai ahli. Yuran masuk adalah RM50(sekali saja) dan yuran ahli(tahunan) adalah RM50. Kepada yang berminat, boleh mendapat matlumat lanjut dari setiausaha persatuan, En. Zaidi(016-6172509). Penternak-penternak dari luar daerah Kuala Langat boleh menjadi ahli bersekutu. Mungkin dengan adanya persatuan ini nanti, segala masalah berkaitan industri penternakan unggas dapat dimajukan ke saluran yang betul untuk mendapat perhatian pehak-pehak tertentu dengan lebih berkesan. Insyallah.
Akhir kata, Selamat Tahun Baru. Semuga semua sukses didalam bidang masing-masing.
MOHON KLIK WEBSITE YANG BERIKUT BAGI MEMBANTU SAYA MENAIKKAN RATING WEBSITE UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN SAYA SEKARANG. TERIMA KASIH
Pembekal Kayu Bakau: http://pembekal-kayu-bakau.com
Pembekal Atap Lalang: http://alangalangmalaysia.com
Pembekal Atap Nipah: http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com
Pakej Katering/Kanopi/Perkahwinan ala Kampung: http://kahwin-kampung.blogspot.com
Pakej Kanopy/Katering/Perkahwinan Ala Kampong: http://kahwin-kampung.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar