Selasa, 03 Mei 2011

KES MENGAWAN BERAMAI-RAMAI

3/5/2011 - Posting kali ini agak sensasi tetapi ia memang sering berlaku didalam kawasan reban akhir-akhir ini. Ayam-ayam di AAF pada masa ini dah dewasa dan dah pandai mengawan. Didalam pengamatan yang lepas, saya agak ragu-ragu juga dengan nisbah jantan:betina yang agak tinggi kerana banyak betul jantan didalam batch terawal saki baki anak-anak ayam yatim piatu. Macam ada masalah je bila dilihat proses mengawan sering terganggu apabila jantan-jantan lain akan mengacau dan mengejar jantan yang sedang cuba mengawan. Memang kecoh terutama dimasa nak terbenam matahari kerana pada waktu itu ayam jantan memang galak nak mengawan. Saya tak mampu nak buat apa-apa, dibiarkan saja alam semulajadi menentukan keadaan.

Tetapi akhir-akhir ini, saya agak terkejut dengan kejadian yang berlaku. Si jantan-jantan macam dah buat MOU dan berkompromi sesama mereka. Apabila ada jantan yang mula nak mengawan diikuti bunyi bising sibetina meminta tolong, maka jantan-jantan lain akan berkerumun mengelilingi pasangan tersebut. Jantan-jantan lain dilihat membiarkan jantan itu menyelesaikan tugas hakikinya. Jantan-jantan lain akan menunggu giliran melaksanakan tugasnya dan diikuti oleh yang lain. Mungkin nombor giliran adalah mengikut kedudukan hariki atau seniority. Memang lepak habis sibetina yang menjadi mangsa kejadian semulajadi ini. Sampai tak berdaya nak berdiri semula...maklumlah sampai 5-7 ekor jantan. Saya sangka kejadian itu terpencil, rupa-rupanya dah jadi amalan harian. Kesian ayam-ayam betina yang menjadi mangsa tetapi apa nak buat, sudah jadi kehendak alami.

Bagusnya kejadian yang berlaku adalah setiap telor yang dihasilkan oleh betina didapati berbenih. Sekarang ini, ayam betina dah galak bertelor, walau pun belum semua. Incubator pun dah mula berisi telor setiap 3-4 hari. Tak tunggu seminggu macam dulu kerana belum banyak yang dapat dikumpul setiap minggu. Longgok je dalam inkubator mengikut batch dengan sekatan kayu untuk asingkan batch-batch, tulis tarikh menetas dan golek setiap hari 2 atau 3 kali sehari. Alhamdulillah, dah mula menetas dan dah dapat 30 ekor berbagai peringkat umur. Tak lama lagi, incubator kedua akan mula di isi apabila inkubator pertama telah penuh.

Untuk makluman, anjing peliharaan saya 'Jinggo' jatuh sakit semasa saya ke Kedah dan Penang pada minggu lepas. Sekembali dari utara, saya terus ke reban dan dimaklumkan Jinggo tak makan sejak 3 hari lalu. Saya sedih lihat Jinggo tak bermaya dan kurus, sehingga ayam-ayam bebas berkeliaran disekelilingnya, tanpa dikejar. Tidak menyalak lagi walau pun dipanggil. Saya buat keputusan untuk membawanya ke klinik haiwan swasta di Bukit Tinggi Klang menaiki Ford Ranger yang baru dibeli tak sampai sebulan. Saya ikat dibelakang dan bawa ke klinik. Doktor kata Jinggo diserang virus dan menerima suntikan vaksin dan ubat serta dimasukkan air sebotol melalui urat kaki depannya. Jinggo diam je, tak peduli apa yang dilakukan oleh doktor. Doktor bagi ubat dan tidak diberi makan selama 2 hari untuk merawat ususnya. Bil kena bayar sejumlah RM140.00, kira murah tu. Hari ini, saya terus kereban dan sesampai di kawasan reban, saya dapat dengar salakkannya dari jauh sebagai tanda sudah sembuh. Memang tepat, ia kelihatan berlegar-legar dan berlari-lari seolah-olah minta dilepaskan dari kandang. Malam ini dah bagi makan sisa ayam kantin asrama dan diharap kembali berisi dan gemuk semula.

Gambar tak dapat nak ambil kerana kemera Olympus dah rosak semasa anak bawa kerombongan Melaka. Akan ambil gambar dengan kamera Canon anak dan upload untuk tontonan bersama.

Perasaan gembira yang amat sangat pada ketika ini melihat gelagat ayam-ayam yang sehat. Peraih dan pembeli ramai datang nak beli kerana susah nak dapat bekalan pada masa ini dengan harga tawaran yang tinggi. Saya tetap tak jual....nak buat baka..semuga kembali seperti dirancang.

Sehingga bertemu kembali.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar