Kamis, 10 Februari 2011

SECURITY BARU REBAN AAF


10/2/2011 - Reban AAF kini mempunyai penghuni baru yang bakal menjadi security reban. Saya memang telah lama hendak meletakkan security, tetapi tak berkemampuan serta tak berkesempatan untuk mendapatkannya. Ada juga bertanya dengan kawan2 sebelum serangan sampar dulu, tapi tak jumpa-jumpa. Hingga lah pada suatu hari pada 25/1/2011, saya terserempak dengannya. Rupa serta gelagatnya sangat menarik perhatian saya. Lalu saya cuba bergurau dengannya, dan dia memberi respon yang sangat baik. Saya ajak bermain, ia suka dan sangat gembira. Saya ajak dia kalau nak ikut balik, dia menunjukkan tanda setuju. Tanpa berlengah, sebelum dia menukar fikiran, terus saya ajak masuk dalam kereta dan terus bawa balik. Didalam kereta, dia menunjukkan perangai yang baik, duduk diam je sehingga kerumah.

Sampai dirumah, saya ajak dia singgah kejap dan berehat sementara saya tukar pakaian. Selepas selesai, saya pun kereban dan menunjukkan tempat tinggalnya. Dia tidak keberatan dengan keadaan tempat tinggalnya. Disebelah malam, saya sediakan makanan untuknya. Oleh kerana dah malam, saya bagi dia makan nasi lauk sardin je. Dia tak menolak rezeki, dimakan dengan berselera. Hingga ke hari ini, dia sangat gembira dan sentiasa menyambut saya setiap kali menjenguk atau menghantar makanan untuknya.

Inilah rupa kawan saya yang baru tu. Bila dia dah dewasa, dia bakal menjadi pengawal reban saya dari serangan pemangsa seperti anjing, biawak atau pencuri.


Ini lah JINGGO, sahabat baru saya sebagai security reban.
Umur sekitar 6 bulan. Jantina - jantan.


Jinggo telah dilatih supaya tidak makan ayam.
Teknik melatih - pukul mulutnya setiap kali melakukan kesalahan.

Black and Tan Coonhound

Klik link diatas untuk mengetahui tabiat dan perangai baka ini.
Jinggo adalah baka Coonhound hasil carian dari internet.



Ayam dah besar-besar dan sehat. Ayam semua lari bila Jinggo
melintas untuk dibawa bersiar-siar diwaktu petang.


Dari komen terbaru yang diterima, memang saya sudah jangkakan soalan berkaitan najis anjing ini. Seperti mana semua sedia maklum, agama Islam tidak mengharamkan muslim membela anjing. Islam telah memberikan panduan dengan jelas teknik menyamak jika terkena najis tersebut . Ia tidak susah dan sangat mudah untuk dilakukan. Semudah juga mengambil wuduk, cuma kena tambah unsur tanah bersih sahaja. Mungkin, mandi junub dan hadas besar lagi susah, semua celah-celah pada badan kena dilalui air. Tanah dan air untuk tujuan bersamak adalah pemberian Allah yang terdapat dimana-mana di bumi ini. Yang penting, kita mempermudahkan pemikiran kita, jangan menyempitkan atau menyusahkannya. Islam tidak menyusahkan umatnya, ia adalah cara hidup yang baik dan mudah.

Yang susah dan salah adalah tanggapan 'Orang Melayu'(bukannya tanggapan orang Islam) iaitu tanggapan salah yang meletakkan anjing sebagai haiwan setaraf dengan babi(khinzir). Ada yang kata, jika bela anjing 'rahmat tak masuk rumah'. Memang betul rahmat tak masuk rumah jika bela anjing dalam rumah. Hakikatnya, ada hadis yang lebih kurang bermaksud bahawa 'Hasil buruan oleh anjing, tidak perlu disamak dan boleh dimakan. Malah, Nabi Ibrahim juga memelihara anjing pengembala untuk menjaga ternakan kambingnya.

Jadi, apabila kita memelihara anjing dengan niat untuk menjaga keselamatan ternakan kita, adalah tidak salah dari sisi agama. Anjing adalah haiwan yang setia dan mudah dilatih. Sebab itulah agaknya Allah wujudkan anjing dibumi ini untuk membantu manusia. Allah sediakan bukti melalui Hadis dan sejarah hidup Nabi-Nabi. Tapi jangan tiru 'perangai anjing'.......cencored. Jika berminat pasal 'boleh ke orang islam bela anjing', lawat website 'Kucing Terbiar Dot Com'

Berkaitan teknik menyamak najis anjing, pembaca boleh lah bertanya dengan ustaz atau sesiapa yang lebih arif. Biarlah kita berguru untuk mendapatkan ilmu agama. Jika berkenan, boleh rujuk website Uztaz Nor Amin atau pasal bab najis rujuk Website 'Najis Dalam Islam'.

Maaf dipinta jika ada komen diatas yang tidak betul atau menyinggung perasaan. Teguran dan pandangan membina adalah dialu-alukan untuk kepentingan dan kebaikan bersama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar