Pada 20/6 yang lepas, saya pergi membeli atap adex second hand di kampong lombong. Sambil menunggu lori sampai, saya sempat berbual-bual dengan beberapa orang kampong di warung tuan punya bumbung. Maka berkenalan lah saya dengan mereka, dimulai dengan bertanya pasal bekalan telor ayam kampong ori. Rupa-rupanya, mereka adalah penternak-penternak yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini. maka panjang lebarlah cerita. pakcik-pakcik tu cakap, dia ada sebanyak lebih 300 ekor, tetapi sekarang dah kosong reban. pakcik yang lain pun sama juga. tinggal beberapa ekor je, itu pun tak tahu lah apa nasibnya. Dari cerita mereka, seluruh kampung tersebut telah diserang sampar ayam. berpuluh-puluh ekor mati serentak. Nak makan pun dah naik jemu, tanam sajalah kata mereka.
Sekarang ni, memang patutlah harga ayam kampung mahal. Menurut mereka, harga ayam kampung diambil oleh peraih cina dengan harga minima RM16 sekilo. Terkejut saya. Ditempat saya cuma RM10 - RM 13. Saya minta no hp cina tu, tapi dia tak simpan. Nanti bila dia jumpa cina tu, dia akan dapatkan nombornya. Ini peluang baik untuk saya, bukan jauh sangat dari kg Lombong ke reban saya.
Masalahnya sekarang, bekalan telor dari orang kampong susah dan tak menentu. Puas saya berjalan bertanya dari lorong ke lorong. Memang mereka ada bela ayam kampong, tetapi susah nak dapat bekalan telor. Mreka kata, banyak sangat pemangsa... anjing, biawak, ular, monyet dan tikus. Saya berminat dengan monyet dan tikus... sebab tak pernah dengar dari member-member blok pasal dua binatang ini. Mereka berkata, monyet kerjanya curi telor dari sangkar dalam reban buat makanan. Tikus pulak, saya tanya apa masalahnya. Rupa-rupanya tikus ni jahat juga, dia suka makan mata anak ayam yang beru menetas.... laaa, tak ku sangka begitu kejam rupanya sitikus tu.
Alhamdullilah ditempat saya, pemangsa yang ada cuma anjing liar tak bertuan. Tetapi masalah ini boleh ditangani dengan memasang pagar dan membunuh mereka dengan memasukkan racun buah(puradan) kedalam bangkai ayam. Tentu selesai... Kabarnya ditempat saya, anjing-anjing dewasa semuanya telah mati bergelimpangan. mungkin ada yang telah menjalankan tugas dan kewajipannya. Memang patut pada pandangan saya anjing-anjing ini dibunuh. Orang kampung tak dapat nak menternak atau tak dapat nak membiakkan ayam. Asyik kena kebas je. patutlah saya lihat di kampong saya tu, ada orang buat reban arnab dan puyuh setinggi 4 kaki tinggi. mula-mula tak terfikir sebabnya. Rupa-rupanya, anjing-anjing ini pandai mengorek dan menarik arnab-arnab dari lantai reban. Mengeluh mereka bila perkara ini terjadi.
Ini lah antara pengalaman penternak kampong yang saya dengar semasa jalan-jalan cari telor. Nasib baik saya masih ada beberap pembekal telor ori, walau pun tak ramai, dapatlah juga menambah bilangan telor setiap minggu walaupun peratusan menetasnya tak menentu. Lebih baik dari tak mencuba langsung. Selebihnya, terserah pada nasib badan kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar