Selasa, 29 Juni 2010

INDUK IBU AYAM BARU SAMPAI

29/6(Selasa) 
- Kutipan telor hari ini boleh tahan, dapat 15 biji. Acheh supply 12 biji. 


- Ayam dara hitam mati seekor direban tidonya. 


- Anak ayam semua sehat. Dlm reban asuh di AAF, mati seekor je.  Seekor sakit tak makan di TS


- Telor dlm hatcher dah mula retak, seperti tarikh jangkaannya. Ptg sekor, mlm sekor dah menetas


- Buat candling telor jangka menetas pada 14/7, 7 biji  yang tak berbenih, 10 rosak/redring. Ada 
  baki 50 biji. Jadilah... itu pun tak tahu lagi nasibnya.


- Dah confirm dgn Ayam Opah jadi datang untuk beli ayam. Dah set pukul 10+++ lepas ambil   Fara\ tiusyen.  Mula-mula plan nak tambah 10 ekor je(tapi duit mmg ada bawa lebih). Bila Cikgu Ajil kata, lepas ini ada orang nak datang beli induk, saya berubah fikiran. Alang-alang dah 
sampai, tukar fikiran, beli dengan kapasiti maksima bekas ayam yang dibawa. Semuanya 26 ekor, seekor jantan putih hitam, 25 betina. Melayang duit atap RM610. Duit bawa RM600, dah luak, fara singgah 7-eleven, Hutang RM100. Janji bank-in esoknya. TKasih Cikgu Ajil(Ayam Opah). Berlepas dari rumah Cikgu Ajil  pkl 12.20 selepas memilih ayam dari reban kereban, sampai terhantuk dahi kat pintu reban yang alang pintunya rendah. 2 kali kena pulak tu...


- Pkl 1.10 pg sampai reban, terus pindahkan ayam kedalam 4 reban yang dah kosong. Reban ini untuk training ayam yang baru dibeli sesuaikan diri dan tukar alamat tempat tinggal. Dibiarkan bersama penjantan hingga beberapa minggu sambil bertelor(Kes kawin paksa). Bila dah sesuaikan diri, baru dilepaskan untuk memilih jalan hidup dan pasangan mengikut selera masing-masing. Ada yang bercerai dan cari laki baru, ada yang kekal dengan pasangan asal... Tapi banyak yang tukar laki, boleh rasa yang lain......atau pilih suami mithali kot... 


Oleh kerana plan nak beli 10 je, tak prepare reban untuk sebnyak 26 ekor. Selepas saja selesai dipindahkan didalam 4 reban dengan penjantan baru yang ditangkap tengah 'tido-tido ayam', saya terpaksa siapkan tempat minum, tempat makan dengan makanannya sekali disediakan untuk makan pagi. Tetapi saya tak sempat siapkan sangkar telor untuk 2 reban lagi. 2 reban dan ready mmg ada.  Ayam-ayam lain juga disediakan  makanan untuk esok paginya. Saya sampai rumah jam 1.30 pg, tapi tak ngantok lagi. tengok TV kejap... terus paksa tido, nak kerja esok oiiii. 


Saya cadang cuti hari khamis dan jumaat untuk upgrade reban(dapat 4 hari temasuk sabtu dan ahad). Hari khamis selepas ambil laporan pelajar 2 orang anak saya yang no. 4 dan 5, terus kereban start projek. Banyak kerja lagi nak buat, tapi kena tunggu mood dan modal.... mood ke modal yang sebenarnya? tetapi bagi saya, adalah yang kedua. Takde modal, memang takde mood. Betul ke? he he he


30/6 - Sebelum pergi kerja, tengok telor ayam dlm hatcher, ada 2 telor ayam  menetas, 1 ayam belanda. yang lain belum lagi..Anak-anak ayam kat reban asuh dirumah macam dah tak sabar-sabar nak turun tanah. Saya teringat nak ayam battch pertama turun tanah, memang meriah, ada yang terbang-terbang test kepak, ada yang lari-lari dan ada yang terpinga-pinga. tapi memang seronok tengok gelagat anak-anak ayam... 





TIDAK SILAP JATUHKAN HUKUMAN PENJARA SAMPAI MATI

28/6(Isnin) - Saya tidak silap membuat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman kepada ibu ayam tersebut. Sekembalinya dari pejabat, saya terus kereban utk memberi makan. Selepas selesai, saya tengok ibu ayam yang dituduh makan telor ayam tu. Kesian pulak tengok dia dikurung kerana ia masih bertelor. Saya pun ambil bekas untuk buat sarangnya dan isi dengan daun-daun rumput kering. Sebaik saja sangkar diletakkan, ibu ayam terus secara rakus mengekas daun-daun rumput kering sehingga terkeluar sebahagian besar rumput tu. Sah dia memang ibu ayam yang jahat. Dia mencari telor untuk dimakan kerana dalam otaknya dah biasa 'dalam sangkar ada telor untuk dimakan'. Saya jadi tak kesian lagi pada ibu ayam tu, tetapi keperluan asasi nya tetap saya bagi. Yang hairannya, telor sendiri dia tak makan, pandai pulak dia. 


Oleh kerana ayam ini masih belum nak dimakan, maka demi memenuhi keperluan batinnya, saya masukkan bapak ayam sesekali. Selain dari itu, oleh kerana masih bertelor, kena kawin kan lah dia supaya telornya ada benih.


Kesimpulannya: Ayam ini bukan tak cukup kalsium, tetapi lebih bersifat cemburu melihat ayam lain bertelor. 

Itulah kesah dan tauladan untuk ibu-ibu ayam yang lain.


Inilah rupanya ayam yang kena hukuman



Jumlah telor dapat dikutip adalah sebanyak 18 biji. bagus sangat tu. Saya cadang nak tambah induk ayam lagi. Malam ini nak kereban Ayam Opah nak beli induk. Dia punya induk memang power, baka baik dan besar. Semuga pengeluaran telor harian mencecar 30-40 biji sehari. Impian dan perancangan saya insyaallah boleh menjadi untuk pengeluaran ayam untuk dijual sebanyak 500 ekor sebulan. Saya akan ketepikan RM5000 hasil jualan atap untuk standby duit beli dedak, jagung dan lain-lain selama 4-5 bulan akan datang. Tak tahulah, cukup ke tidak.

Saya juga bercadang untuk menambah bilangan reban untuk ayam besar berteduh dan tidor. Kayu-kayu terpakai akan dibeli(banyak pakai duit tu), atap adex terpakai  dah ada 88 keping(insyaallah cukup). Kena ambil cuti rehat 2 minggu kalau nak buat. pagar dawai hijau juga nak beli(mahal tu) untuk perkuat pagar sementara yang dah dibuat. Banyak kena keluar modal, tapi inilah namanya pelaburan.



Minggu, 27 Juni 2010

AYAM RANCAK BERTELOR SEMULA

28/6 - Hari sabtu dan ahad lepas, takt banyak  dapat  dilakukan kerja direban. Hari sabtu cuci semua bekas air untuk buat treatment antibiotik. Ahad pula hanya dapat baut lantai dawai pada reban yang tak siap-siap sejak mula projek dulu. Tapi telah tiba masa ianya perlu disiapkan kerana anak-anak ayam bakal menetas akan mengisi reban ini sebagai reban asuh. 

Semalam dah bangun pagi dan terus sarapan dikedai nenek kat rumah. Tiba-tiba anaknya tanya saya, "bang, mana atap alang?". Baru saya teringat dia ada buat pesanan untuk beli 50 keping atap lalang. Saya pun bergegas untuk menguruskan pengangkutan. Teringat gerabak wak, sebab setakat 50 kpg, tak de masalah, tetapi tayarnya pancit. Terpaksa repair dulu dan kerja selesai dah dekat tengahari. Mood kerja dah hilang. dekat pukul 2 baru boleh mula kerja buat reban. Pelan-pelan je saya buat sebab takde apa yang perlu diburu, ayam pun lama lagi.

Petangnya saya balik cepat sebab nak pergi kenduru kawin di Dewan Perdan Felda. Anak sepupu kahwin. Malam tu saya gunakan GPS yang baru dibeli. Memang mudah sekarang dengan teknologi yang ada. Sampai rumah terus tukar moto kereban untuk bagi makan ayam. 

Sekarang ini, saya amalkan beri makanan ayam pada malamnya suapaya ayam bangun tido nanti, makanan telah disediakan. Jadi cepat kenyang dan yang betina yang bertelor terus masuk sangkar. Mungkin cara ini baik untuk diri saya kerana tak perlu tergesa-gesa bangun pagi untuk urus hal ayam dan baik untuk ayam kerana cepat makan. Ada kemungkinan faktor ini juga menyebabkan ayam banyak bertelor dan ditambah pula faktor makanan yang baik seperti ikan bilis yang tinggi kandungan kalsium untuk telor. 

Malam nya, saya terus masukkan telor yang dikumpul sebanyak 108 biji. 81 biji dari reban, bekalan acheh 20 biji, wak lain 19 biji. Kira cukup bangus sangat sebagai seorang junior didalam bidang penternakan. Saya cadang nak beli induk betina lagi sebanyak 10 ekor dari Cikgu Ajil 'ayam opah'. Ayam dia memang bagus, ori yang jenis badan besar. Jadi telornya besar, anaknya pun besar dan badannya pun cepat lah besar.

Semalan saya adjust tempat telor baru ditepi dinding reban asuh yang dah siap dipasang dinding dan lantai dawai baru. Semuga kau gembira mendapat tempat yang baru.



Reban sebelah kanan yang ada bekas makanan kuning adalah reban yang saya pasang dawai lantai dan dinding. Rangka lantainya dibuat dari frame tingkap naco yang disambung sebanyak 3 frame. bahan ini adalah bahan yang terbiar selama 12 tahun. Panjang nya hampir 20 kaki dan lebar 4 kaki. Saya bahagikan kepada 3 bilik supaya dapat menampung anak-anak yang berlainan batch untuk mudah mengawal dan elak perebutan makanan oleh ayam yang lebih dewasa. 

Kesemua reban dah siap lantai dan dinding keliling. Tingga buat pintu depan je. Saya suka buat pintu besar yang dibuka dan sangkutkan keatas. Luas dan mudah untuk  mengurus anak ayam. Mungkin minggu ini boleh siap sepenuhnya, Insyaalah.

Sabtu, 26 Juni 2010

HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP SAMPAI MATI

25/6(Jumaat) - Saya sangat gembira semalam(khamis) apabila kutipan telur tiba-tiba saja meningkat kepada 18 biji. Pada petang Jumaat selepas kembali  dari ofis, seperti biasa saya mengutip telur dan memberi makan ayam-ayam direban. Dapat 13 biji, kira ok sangat tu dan terus saya masukkan dalam plastik. Tidak seperti biasa(plastik telor digantung pada motor atau pagar), saya letakkan telor tu kedalam sangkar telor. Selepas memberi makan,  kelihatan seekor ibu ayam terkurung didalam kandang reban anak ayam kampung yang baru turun tanah. Saya tangkap dan lepaskan. Saya beri makan anak-anak ayam pula. Saya kembali ketempat telor tadi, kelihatan ibu ayam yang dilepaskan tadi sedang berada diatas sangkar berisi telor tadi. Saya sangkakan ia nak bertelor, rupa-rupanya dia menyelongkar plastik telor dan mematuk dan memakan telor-telor tadi. Saya halau dan saya periksa telor-telor tadi, amat malang 3 biji retak, 2 dimakan dan satu pecah. Saya buang ketanah dan kelihatan ibu ayam tadi amat rakus memakan telor yang saya buang tadi.  

Maka terjawab lah misteri sebelum ini dimana telor-telor umpan bertanda x yang saya letakkan disemua sangkar banyak yang hilang tanpa kulit. Maka tahulah saya jawapannya sekerang. Rupa-rupanya ibu ini memakan telor-telor didalam sangkar. Patutlah kutipan telor sangat kecil, kusangkakan ibu berehat, rupanya ibu ayam ini yang memakannya sepanjang saya berada di ofis hingga 6 ptg. Saya tangkap ibu ayam tadi, dengan perasaan geram, ku tampar-tampar kepala ayam tu. Lepas tu terus aku jatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, ikut mana perlu. Saya ceritakan lah pada anak-anak, barulah mereka cerita bahawa sebelum ini mereka ada nampak ibu ayam tu buat perangai jahat tu. Tapi mereka tak cerita pada saya. Semuga peristiwa tadi dan tankapan 'red handed' tu, semua ibu ayam akan merasa selamat untuk bertelur disangkar-sangkar yang disediakan. Namun buat masa 2 hari ini, nampaknya ayam-ayam banyak bertelur didalam sangkar-sangkar tertentu yang menjadi favorite mereka. Lantaklah, asalkan engkau nak bertelor daripada bertelor didalam semak.

26/6(Sabtu) - Selepas beberapa ekor ibu ayam dan bapak ayam mati kebelakangan ini secara tak bersebab, saya membuat keputusan untuk memberi antibiotik serbok merah kepada semua ayam-ayam. Pagi-pagi lagi saya pergi Banting untuk membeli Vitamin dan Antibiotik. Tapi malang sekali, Proton Wira saya overheating dan hanya disedari selepas sampai Banting. Saya isi air semula dan cap tangki air dilonggarkan, saya terus pulang untuk repair di bengkel uncle saya di kampong. Dia periksa, rupa-rupanya water pump bocor  dan blower fan tak jalan secara auto.  Saya repair/machine sekali disc brake yang dah atk baik(bergegar steering semasa tekan brake). Bulan ini habis duit repair kereta  lebih RM 1000. Tukar tayar dan rim RM680, Alignment, balancing dan adjust custer RM 260, tukar linkage arm belakang RM100, tukar absorber depan RM220, alignmnet semula, upah pasang absorber, ganti rubber boot absorber, nut ikat lingkage arm, upah tukar lingkage arm salah pasang, habis RM 180.  Wow.... banyak tu. Nasib baik dapat payment jual atap RM 5850. Lapang kepala. Ini belum kira lagi upah repair kereta over heating. Water pump je dah RM55, yang lain belum tahu lagi..

Balik ke reban, terus buat operasi cuci semua bekas air dan diganti air baru dicampur vitamin  dan antibiotik kepada semua ayam-ayam besar dan kecil. Semuga usaha dan ikhtiar ini dapat menyelesaikan masalah sakit pernafasan, stress, dan mati tak bersebab yang tak diketahui. Selebihnya saya berdoa saja kerana pehak jabatan vetriner tidak dapat menjelaskan sebab musababnya.

Petang nya, telor-telor dikutip berjumlah 24 biji, terkejut saya kerana ini adalah rekod paling tinggi sejak mula kutip telor. Baru-baru dulu, boleh mencecah 18 biji, kemudian terus menurun sehingga 3 biji dan adakalanya 0 biji. Semuga dengan tertangkapnya penjenayah curi telor tu, prestasi kutipan telor saya terus meningkat atau diparas yang baik sekitar 15-20 biji, kira bagus sangat tu.

Lega hati rasanya dah buat apa yang perlu. inilah pengalaman yang perlu dilalui oleh penternak sebelum berjaya.  Semuga aku berjaya menjadi penternak ayam kampong asli yang boleh mengeluarkan ayam untuk dijual 500 ekor sebulan. Kira banyak tu, jika RM20 seekor, dekat RM10,000 tu.. wow..... untung besar tu.

Jumat, 25 Juni 2010

MAKANAN AYAM FORMULA NzR Agrofarm

Ini Fomula Makan Ayam dari NzR Agrofarm yang akan menjimatkan kos makanan ayam


salam 1 Malaysia..
urmmm..bercakap pasal makanan ayam ni..selalunye saya bagi dedak hitam halus untuk umur dari 1hari hingga sebulan..ps2 cmpur ngn jagung halus sampai umur 2 bulan..ps2 bagi jagung sepenuhnye..bila bagi jagung je saya dapati ayam2 ni monyok je..makan xselera..yela macam manusia la bagi makan nasi tanpa lauk..berat pun x ideal..sejak akhir-akhir ni saya masak makanan tuk ayam 2..jagung+nasi lebih semalam+garam+gula merah..kadang2 tu saya campur dengan betik dihiris2..berselera betul ayam makan berbanding ngn jagung sahaja sebelum ni..abis licin..ayam pun makin aktif..galak bertelur dan mengawan..kadang2 saya bagi rumput napier yg digunting2 kasar..pun abis gak diorg makan..huhuhu..

Senin, 21 Juni 2010

ANAK AYAM BELANDA DAH MENETAS

Saya ada sepasang ayam belanda. Yang betina memang hebat, dah 24 biji telornya dan masih bertelor lagi. Dari telor pertama, saya terus masuk dalam incubator setiap kali dikutip dengan menandakan tarikh masuk, bukan tarikh jangkaan menetas kerana tak pasti bilangan hari menetas. 

Telor yang pertama menetas setelah 35 hari dlm incubator. Anak yang pertama sehat, diikuti selang beberapa hari diikuti yang kedua, ketiga, keempat dan kelima. Namun anak yang ke 2,3,dan 4 tak lama hidup selepas menetas. Badan nya lemah, takde selera makan atau minum. Saya cuba selamatkan dengan memebri air Glucolin supaya dapat tenaga segera. Tak disangka, selepas saja beri air Glucolin, tak beberapa minit mininggal. Yang satu lagi pun sama juga,. Mungkin air Glucolin tak sesuai untuk nak-anak ayam aatau ayam belanda. Tapi saya dah ikhtiar, Allah menentukan segalanya. Jadi tinggal 2 je yang dah sehat. Petang tadi(21/6), balik dari kerja ada 2 ekor dah menetas. Tak sangka pula hari ini tarikh 'due' nya. Kedua-dua kakinya tergantung celah jaring 1"x1/2". jaring itu tak dilapik dengan jaring halus kerana incubator ini hanya untuk ngeram je. Terpaksa lah saya buat terapi kedua-duanya dengan memasukkan kedalam cawan supaya kakinya kuat dan rapat semula seperti biasa. Malam ini saya tengok, seekor dan keluar sendiri dari cawan dan dan pulih. Yang seekor lagi tak keluar dari cawan, saya keluarkan dan tengok kakinya dah pulih juga. Alhamdulillah, adakalanya ikhtiar kita berjaya juga. 

Mudah mudahan untuk telor telor seterusnya akan berjaya ditetas dan selamat. banyak juga kalau berjaya menetas semuanya. Dekat 20 ekor juga, tetapi semuanya belum pasti. Tetapi yang pasti, incubator saya berjaya menetaskan ayam, angsa dan ayam belanda. Yes.......

BEKALAN TELOR AYAM KAMPONG


21/6 - Hari ini saya gembira sebab dapat bekalan telor dari kedai Acheh sebanyak 40 biji dan 52 biji dari kawan di Kg Lembing. Yang di Kg Lembing harganya 80 sen. Mahal sedikit takpe asalkan boleh dapat bekalan yang konsisten. So jika bekalan ini dapat berterusan, saya kena buat incubator yang lebih besar atau beli almari second hand dan convert jadi incubator. Tengok lah keadaan nya nanti.

Jika ditakdirkan kawan saya tu dapat membekal telor dengan consistence, projektion saya akan berjaya dimana dapat menetaskan anak sehingga 300-500 sebulan. Itu dah kira sangat baik. Semuga semua perancangan saya berjalan lancar. 

Saya perlu membuat persediaan yang lebih awal untuk menghadapi kedatangan ayam-ayam yang semakin banyak dan membesar. Saya dah survey mixer concrete yang kecil untuk mengadun makanan supaya sebati. Saya akan campurkan beberapa bahan seperti hampas soya, hampas kulit gandum, serbok ikan bilis, jagung halus, dedak halus dan sedikit beras atau terigu. Bila dan adun rata, saya akan buat pellet sendiri menggunakan meat mixer.

Dengan cara ini, mungkin kos makanan akan dapat dikurangkan dan lebih murah dari harga pellet kasar.

Saya perlukan pandangan kawan-kawan yang faham untuk memberi komen.

Saya juga akan menambahkan reban-reban untuk tempat ayam tidor dan berteduh. Kena beli kayu 2"x3" untuk tiang, alang dan gegulung atap. Bumbung adex murah dah ada, cuma kayu yang nampaknya kos tinggi. Saya akan survey nanti kayu-kayu yang diperlukan.

Lepas tu, melengaslah setiap week end buat reban. Tapi seronok bila reban telah siap didirikan  hasil titik peluh sendiri. Kalau tak percaya, buat sendiri baru tau..... 



Mixer cadang nak beli untuk adun makanan ayam



Anak ayam yang dah besar dan sehat


Minggu, 20 Juni 2010

TELOR AYAM KAMPONG TAK ORI

Semasa cuti-cuti MC, sempat juga saya membuat survey mencari bekalan telor untuk di eram. Saya singgah kat warung berdekatan reban dan bertanya dimana boleh dapat bekalan. Tiba-tiba seorang pelanggan memberitahu dengan yakin kepada saya bahawa warung jual nenas kat simpang ada banyak bekalan sampai 4-5 papan. Seonoknya tak terkata, saya terus pergi ke warung tersebut, dan sah memang ada banyak lagi. Saya tanya dia, mana dapat telor tu.. dia jawab dari Kuala Selangor, ada pembekal yang kutip-kutip dari orang kampong. Saya tengok memang macam telor kampong(ayam kampong badan besar).  Mendengar kenyataannya itu, saya begitu yakin dan terus cuba 2 papan. Tambahan pula dia memberi kenyataan, ada orang beli dan boleh menetas.

Datang perasaan tamak, untuk menambahkan lagi bilangan telor tersebut. saya beli lagi 3 papan dan masuk dalam incubator. Selang semingu, saya melawat kewarung tu lagi, ada lagi telor tetapi dia kata dari orang sijangkang(kawasan Telok Panglima Garang juga). Oleh kerana asalnya dari orang kampong, saya yakin telor ini mesti ori juga. Saya beli kesemua 3 papan dan terus masuk dalam incubator

Selepas 5 hari, saya buat candling telor dari Kuala Selangor  yang 5 papan tu, haprah... takde satu pun yang menjadi. Tak sedap hati, saya tengok selepas 7 hari... sah kena tipu.  Saya dapat buat kesimpulan, telor ini adalah telor ayam kampung yang diberi makan dedak telor dan dibela didalm sangkar bateri(patutlah telornya bersih gile). 

Selepas 5 hari telor yang dikatakan dari Sijangkang tu, ada sedikit harapan.. nampak darah dalam beberapa biji telor. Wah, sedap hati sikit. Saya candling lagi selepas 7 hari, memang ada sebahagiannya berdarah dan sebilangan lagi tak berbenih. Telor yang ini saya tak dapat nak pastikan macam mana tuannya bela ayam tu. 

Pening kepala saya nak buat apa dengan telor sebanyak tu. Saya pun dapat idea, padamkan tarikh menetas(nasib baik pakai pensil) dan saya jual kat kedai yang jual telor kampung separuh masak. Dapatlah lepas 3 papan. Bakinya saya bagi Ustaz yang mengajar anak-anak Taman Satria satu papan, bagi Mertua di Tg malim 2 papan. Gembira mereka.

Saya tak percaya lagi kat telor kampong tak ori tu. Rupa-rupanya ada orang yang ambil kesempatan atas populariti telor kampong untuk menipu orang ramai dengan bekalan telor tak asli tu. Mereka kaut untung besar dengan menipu orang ramai sebab harga tolak kedai dah dapat 50 sen - 60 sen.  

Jadi berhati-hatilah jika terdapat telor kampong dalam kuantiti besar, jangan percaya 100%. Kalau nak cuba juga, beli 10 biji dulu dan test. Itu yang terbaik tetapi ambil masa 5-7 hari untuk dapat keputusannya.


SERANGAN SAMPAR AYAM

Pada 20/6 yang lepas, saya pergi membeli atap adex second hand di kampong lombong. Sambil menunggu lori sampai, saya sempat berbual-bual dengan beberapa orang kampong di warung tuan punya bumbung. Maka berkenalan lah saya dengan mereka, dimulai dengan bertanya pasal bekalan telor ayam kampong ori. Rupa-rupanya, mereka adalah penternak-penternak yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini. maka panjang lebarlah cerita. pakcik-pakcik tu cakap, dia ada sebanyak lebih 300 ekor, tetapi sekarang dah kosong reban. pakcik yang lain pun sama juga. tinggal beberapa ekor je, itu pun tak tahu lah apa nasibnya.  Dari cerita mereka, seluruh kampung tersebut telah diserang sampar ayam. berpuluh-puluh ekor mati serentak. Nak makan pun dah naik jemu, tanam sajalah kata mereka.  

Sekarang ni, memang patutlah harga ayam kampung mahal. Menurut mereka, harga ayam kampung diambil oleh peraih cina dengan harga minima RM16 sekilo. Terkejut saya. Ditempat saya cuma RM10 - RM 13. Saya minta no hp cina tu, tapi dia tak simpan. Nanti bila dia jumpa cina tu, dia akan dapatkan nombornya. Ini peluang baik untuk saya, bukan jauh sangat dari kg Lombong ke reban saya. 

Masalahnya sekarang, bekalan telor dari orang kampong susah dan tak menentu. Puas saya berjalan bertanya dari lorong ke lorong. Memang mereka ada bela ayam kampong, tetapi susah nak dapat bekalan telor. Mreka kata, banyak sangat pemangsa... anjing, biawak, ular, monyet dan tikus.   Saya berminat dengan monyet dan tikus... sebab tak pernah dengar dari member-member blok pasal dua binatang ini. Mereka berkata, monyet kerjanya curi telor dari sangkar dalam reban buat makanan. Tikus pulak,  saya tanya apa masalahnya. Rupa-rupanya tikus ni jahat juga, dia suka makan mata anak ayam yang beru menetas.... laaa, tak ku sangka begitu kejam rupanya sitikus tu.

Alhamdullilah ditempat saya, pemangsa yang ada cuma anjing liar tak bertuan. Tetapi masalah ini boleh ditangani dengan memasang pagar dan membunuh mereka dengan memasukkan racun buah(puradan) kedalam bangkai ayam. Tentu selesai... Kabarnya ditempat saya, anjing-anjing dewasa semuanya telah mati bergelimpangan. mungkin ada yang telah menjalankan tugas dan kewajipannya. Memang patut pada pandangan saya anjing-anjing ini dibunuh. Orang kampung tak dapat nak menternak atau tak dapat nak membiakkan ayam. Asyik kena kebas je.  patutlah saya lihat di kampong saya tu, ada orang buat reban arnab dan puyuh setinggi 4 kaki tinggi. mula-mula tak terfikir sebabnya. Rupa-rupanya, anjing-anjing ini pandai mengorek dan menarik arnab-arnab dari lantai reban. Mengeluh mereka bila perkara ini terjadi. 

Ini lah antara pengalaman penternak kampong yang saya dengar semasa jalan-jalan cari telor. Nasib baik saya masih ada beberap pembekal telor ori, walau pun tak ramai, dapatlah juga menambah bilangan telor setiap minggu walaupun peratusan menetasnya tak menentu.  Lebih baik dari tak mencuba langsung. Selebihnya, terserah pada nasib badan kita.


ANAK AYAM DAH BESAR

Lama tak tulis pasal perkembangan anak-anak ayam saya direban. Setakat hari ini (21/6) dah ada lebih 200 ekor. Yang berusia 6 minggu  ada 50 ekor. yang usia 5 minggu ada 120 ekor, usia 4 minggu 70 ekor, usia 3 minggu 30 ekor dan usia seminggu ada 20 ekor. usia 2 minggu tak ada sebab masa tu, ayam mogok tak banyak dan tak bertelor dan menetas cuma 3 ekor je. memang betul, bulan 5 banyak masalah ayam.  


30 ekordan turun tanah. 120 ekor dah pindah kereban asuh di reban asuh kat kebun(anggerik agro farm) dirumah wak. 70 ekor kat dalam reban asuh dirumah dan yang lain-lain juga masih kat rumah.  


Alhamdullilah, semuanya sehat-sehat belaka. Ada mati seekor dua mungkin kena pijak agaknya.










AYAM JARI 10

Direban saya ada seekor ayam teruna anak saya panggil ayam singa. Suatu hari, along(anak wak) beritahu saya, ada ayam jari 10. saya tangkap dan tengok betul-betul, memang benar. saya ambil gambar. saya cakap dengan anak-anak, ini jarang terjadi, boleh masuk TV3. 


Selang beberapa hari, anak saya kata ayam tu dah hilang. memang pun ayam tu tak berapa sehat, nafas berbunyi, tetapi tak kritikal. rupa-rupanya ayam tu sah dah hilang. tak tahu apa sebabnya... mungkin mati makan anjing.


inilah gambar kenangan sebagai bukti. Dah takde rezeki.









LAMA TAK MENULIS - KENA CHICKEN POX

Sebenarnya lama saya tak menulis adalah kerana saya cuti sakit selama sebulan, kena chicken pox. dah tua-tua ni baru kena, lama nak pulih. Teruk saya kena, muka, dalam rambut, dada, belakang dan peha. Pada peringkat mula kena, 2 hari tak dapat tido menahan sakit dan gatal yang amat sangat didalam rambut. Tido pun dalam keadaan duduk, rambut tak boleh terhimpit, sakit gile. Tido pun atas kerusi malas. 2 minggu tido kat luar rumah, tak nak berjangkit ke anak-anak dan isteri. Muka saya tebal, kasar macam kulit pari. Aduh.... tak boleh dikenang.

Tapi, dalam sakit dan cuti saya ambil kesempatan juga repair reban. Tapi dah lepas 2 minggu kena, dah reda cuma tunggu kulit bersih. Ada juga untungnya dah tua-tua kena, dapat cuti sakit lama. 

Dalam masa cuti sakit, saya sempat juga membuat beberapa upgrading pada reban saya. 

Berikut adalah antara kerja-kerja yang sempat saya buat.

1.   (30/5 - 6/6) - Memasang pagar sekeliling kebun 2 ekar dengan orkid net untuk mengelak serangan anjing pada waktu siang dan malam dan sebagai perimeter/boundery untuk ayam berlegar-legar mencari makanan tambahan seperti serangga dan meragut rumput. Memang penat gile, maklumlah... sorang je buat kerja. Jaring itu diperkuat dengan memasang dawai kasar dan diikat dengan cable tie dan dipasak ketanah supaya anjing tidak dapat menyelinap masuk.  sebanyak 5 roll beli baru dan bakinya dari peneduh kolam ikan keli. dapatlah jimat sikit belanja. kayu 2x2 second hand digunakan sebagai tiang. dimasa akan datang, kalau ada budget, nak ganti dengan tiang besi dan link fence hijau setinggi 8 kaki. tapi tak tahu bila.... Apapun, keadaan sekarang lebih baik dari sebelumnya. Ini lah kerja yang paling besar dan ambil masa seminggu untuk disiapkan.

2.    (7/6 - 9/6)  - Membuat reban baru untuk bakal-bakal anak ayam yang semakin membesar sebagai tempat tido. saya gunakan baki kayu-kayu tiang yang ada dan selebihnya dari kayu second hand yang dibeli dari wak azinan. bumbung guna baki zink kilang wak seroji punya. Habis semua kayu dan zink yang terbiar sebelum ini saya kerjakan. untuk masa mendatang, semua barang kena beli baru atau second hand.

3.     (10/6 - 11/6) - Memasang lantai pvc dan dawai dinding untuk reban asuh yang tertangguh sekian lama. Tinggal bahagian depan dan pintunya belum siap lagi.

Itu lah kerja-kerja yang dapat saya buat sepanjang cuti sakit sementara menunggu kulit sembuh dan bersih sepenuhnya.