Jumat, 17 September 2010

BANJIR KILAT DAN UPDATE PEMBINAAN REBAN



17/9 - Subuh pagi tadi, hujan turun dengan lebatnya selama 3 jam. Seperti biasa, saya meramalkan sekitar kawasan reban akan dilanda banjir sehingga 3-6 inici bergantung kepada kawasan. Sebagaimana sedia maklum, kawasan reban ini didirikan adalah agak rendah. Dalam keadaan biasa, kawasan ini tidak dilanda banjir. Namun sejak pembinaan Lebuhraya XXXX, apabila hujan lebat, pasti banjir kilat berlaku dimana air parit besar akan melimpah hingga kekawasan kebun/reban tersebut. Namun biasanya ia tidak berpanjangan dan akan kering dalam masa 6-12 jam. Mungkin ada rahmatnya kejadian banjir ini dimana kuman-kuman/bakteria yang bahaya akan dibawa bersama dengan air apabila surut. Biasanya ayam akan kenyang makan cacing-cacing yang timbul kerana lemas dan dapat protin segar dari sumber asli. Kali pertama kawasan ini kena banjir kilat, pada masa itu saya baru je memulakan percubaan menternak ayam kacuk sebanyak 200 ekor. Saya telah membuat lapuran/aduan bertulis kepada pemaju lebuhraya tersebut dan salinan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia serta membuat tuntutan pampasan gantirugi sejumlah wang bagi kerugian yang dialami. Hasil rundingan dengan pehak Sub-Kontraktor, kami bersetuju dengan penyelesaian yang dicadangkan dimana kedua-dua pehak dalam keadaan 'win-win situation'. Sebagai balasan kepada kerugian yang dialami, pehak sub-kontraktor bersetuju untuk memberi tanah terbuang untuk menambak seluruh tanah kebun tersebut. Setakat pada masa ini, bahagian hadapan tanah/kebun telahpun siap ditambak.
Pada bulan Ramadan yang lepas, pehak sub-kontraktor datang sekali lagi dan berjanji akan menyambung penambakan bahagian belakang selepas 15 Syawal. Insyallah, selepas penambakan selesai, saya akan mendirikan reban di kawasan baru untuk anak-anak ayam yang baru belajar turun tanah dan untuk pembesaran(jika diizinkan Allah). Kawasan sedia ada akan ditukar hanya untuk induk-induk ayam kerana mereka tahu membawa diri untuk menyelamatkan diri masing-masing jika hujan atau banjir. Ia akan mengambil masa juga sehingga tanah yang ditambak kering dan keras. Selepas dari itu, tidak timbul masalah banjir kilat dan anak-anak ayam akan selamat dikawasan tempat berteduh yang akan dibina nanti. Keseluruhan projek ini saya ramalkan akan mengambil masa setahun dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan kewangan.

Pemandangan persekitaran kawasan reban semasa
paras air paling tinggi.

Laluan kereta dan kawasan reban dilanda banjir kilat

Kawasan reban didik juga tenggelam sehingga 6 inci. Tempat ini adalah yang paling rendah. Tidak sesuai untuk dijadikan reban pembesaran. Ini adalah tapak permulaan projek ini dilaksanakan dengan mencuba 200 ekor ayam kacuk.

Kawasan reban pembesaran turut tenggelam sehingga buku lali. Pallet kayu disediakan sehari sebelum banjir untuk anak ayam bertenggek. Hanya satu kematian sahaja. Yang lain semua selamat setakat ini. Tapi riuh rendah anak ayam ini kerana kelaparan. Makanan tidak dapat diberikan kerana kawasan basah. Anak-anak ayam ditangkap dan dimasukkan kedalam reban. Hanya satu reban sahaja yang anak-anak ayam dah pandai masuk reban untuk tidor. Yang lain masih 'under training' lagi.

Sebelum diratakan. Penuh dengan longgokan tanah terbuang.

Kawasan depan yang telah siap ditambak dan diratakan. Kawasan ini tidak akan digunakan bagi tujuan projek ini. Reserve untuk kegunaan tuan tanah dimasa hadapan.

Kawasan ini akan ditambak tak lama lagi. Perancangan saya adalah untuk mendirikan reban-reban pembesaran dan juga tempat berteduh untuk ayam-ayam yang sedang membesar. Sebahagian pagar di sempadan tanah bersebelahan dan hadapan telah pun siap dipasang jaring dan zink. Kawasan ini luas, mungkin 150' x 200'. Banyak reban boleh boleh dibina untuk menempatkan ratusan ekor ayam dewasa. Tapi tak tahu bila nak mulakan, bergantung pada faktor kewangan dan masa. Tapi, saya akan buat perlahan-lahan mengunakan apa saja bahan yang sedia ada untuk memulakannya. Bila dah mula, ada semangat dan keazaman untuk menyiapkannya walau pun mungkin lambat dan perlahan.

Kawasan ragut/tempat ayam bersiar yang akan ditambak tak lama lagi. Jika ada rezeki dan projek ayam kampung asli ini berjaya, saya akan dirikan reban tertutup untuk membela ayam kampung kacuk bagi memenuhi permintaan dimasa depan. Benih ayam kacuk takde masalah, order je berapa banyak yang kita hendak bela. Dari pengalaman lepas, ayam kacuk tak boleh main-main, kena serius dari segi kebersihan, keselesaan, ubat-ubatan dan pemakanannya. 45 hari pertama takde masalah, tetapi selepas itu, macam-macam penyakit pun mula mencabar kekuatan dan kesabaran mental penternak.

Pada hari khamis(16/9), sempat juga saya menyiapkan bumbung untuk reban asuh yang sebelum ini hanya menggunakan kanvas sebagai bumbung. Tiga anak saya membantu untuk meringankan tugas membina bumbung. Tak banyak kerja perlu dibuat. Tiang pagar sediada dijadikan tiang untuk bangunan reban ini. Saya dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa 4 jam sahaja. Reban ini digunakan untuk menempatkan anak ayam yang sedang diasuh. Kawasan tanah akan digunakan untuk menempatkan induk-induk diwaktu banjir kilat kerana tanah ini yang paling tinggi(bekas longgokan tanah gali perigi).


Sebelum upgrade, pakai bumbung kanvas. Kawasan tanah akan basah dan becak. Tidak sesuai untuk pembesaran anak-anak ayam yang baru belajar turun tanah.

Bumbung kawasan reban asuh/pembesaran selepas di upgrade bumbung kekal. Tanah akan sentiasa kering dan bersih, mudah diselenggara. Anak ayam tidak kesejukan kerana terkena air hujan.

Tapak ini akan saya dirikan sebuah lagi reban pembesaran berukuran 6' x 16' dengan kawasan berpagar 10' x 16'. Kawasan ini juga agak tinggi. Mungkin esok(18/9) saya akan mulakan pembinan. Dijangka siap dalam masa satu 2 hari je.

Update(18/9) - Reban dah mula dibina seawal jam 10 pagi. Anak-anak hanya bantu hulur zink je. Siap berbumbung pada jam 3 ptg.


Mula kerja pada pukul 11 pagi

Tahap pembinaan pada jam 12 tengahari. Saya gunakan kaedah pembinaan paling simple dan cepat. Seorang pun boleh buat kerja. Tiang reban juga dijadikan tiang pagar, dapat jimat bahan binaan.

Naik bumbung pada jam 1.30 tgh.


Siap pada jam 2.45 petang. Tinggal buat pagar tepi dan depan serta lantai/para untuk ayam rehat/tidor. Bab kerja lain-lain tu senang je, bila-bila ada masa boleh buat dan kerja pun dikawasan dah redup.


Tempat ini juga akan didirikan sebuah lagi reban asuh berukuran 8' x 30'. Kawasan ini rendah, tak sesuai untuk anak ayam belajar turun tanah dan pembesaran. Jangka mula pada hari Ahad. Yang penting, asas telah dimulakan, yang lain boleh buat bila ada masa. Bila dah ada kerangka, kita akan usahakan untuk menyiapkannya.

Mutiara kata yang dipegang untuk menjayakan sesuatu projek.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.
Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal.
Plan what u do, Do what you plan.
Berpantang mengalah sebelum mencuba.
Jika tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.
Alang-alang menyelok pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Usaha tangga kejayaan.

Boleh pakai ke..........semua diatas tu?



Rabu, 15 September 2010

TEKNIK MEMBASUH TELOR UTK NYAH KUMAN

Post kali ini saya dokumenkan teknik membasuh telor untuk menbasmi kuman/bakteria/micro-organisma yang menjadi penyebab kepada kerosakan telor dan seterusnya menurunkan peratus penetasan. Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Bersihkan telor dari kekotoran seperti tanah dan najis yang melekat pada kulit telor dengan menggunakan kertas pasir atau steel wool halus(pengosok periuk). Lakukan pembersihan ini hanya setelah telor dikumpul dan sudah sampai tarikh dan masa untuk memasukkan telor kedalam incubator. Ini untuk mengelakkan kuman/bakteria/micro-organisma masuk kedalam liang udara pada telor yang telah digosok dengan kertas pasir/steel wool halus. Mengosok dengan kertas pasir/steel wool akan menghilangkan lapisan pelindung semulajadi pada telor.

2. Sediakan cecair pembasmi kuman/disinfectantant yang terdapat di pasaran yang mengandungi bahan aktif Quatenary Ammonium Chloride dicampur dengan air suam pada suhu lebih kurang 45 darjah Celcius pada kadar 1:100.

3. Rendam telor tersebut (yang telah dibersihkan terlebih dahulu di langkah ke-2) selama lebih kurang 20-30 saat sambil menanggalkan kekotoran nipis yang masih terlekat pada kulit telor menggunakan bahan filter akuarium(kerana lembut dan tahan dalam air).

4. Telor yang telah dibasmi kuman diletakkan diatas bekas yang telah dibasmi kuman dan dikeringkan menggunakan kitchen towel(tisu besar). Ganti kitchen towel yang telah lembab/basah dan keringkan telor sehingga selesai. Jika telor terlalu banyak, buat cacair baru.

5. Masukkan telor ke dalam tray incubator yang telah dibasmi kuman dan seterusnya memasukkan tray tadi kedalam incubator yang juga telah dibasmi kuman terlebih dahulu.

Semuga usaha ini dapat meningkatkan peratus penetasan telor. Walaubagaimana pun, setelah dibuat candling, masih ada juga telor yang dijangkiti bakteria(red ring) dan besar kemungkinan telor ini telah dimasuki bakteria sejurus saja telor dikeluarkan oleh ibu ayam didalam sarang/sangkar yang tidak bersih.
Telor yang tidak dijangkiti bakteria akan terus melalui proses pembesaran embryo sehingga menetas. Namun demikian, ada juga embryo/anak ayam didalam telor akan mati diperingkat pertengahan atau akhir. Kejadian ini diluar kawalan manusia dan berkemunginan besar berpunca dari faktor genetik dan kualiti telor itu sendiri. Ibu ayam yang masih muda atau terlalu tua mengeluarkan telor yang tidak bermutu. Jika dapat dikenalpasti ibu ayam tersebut, sebaiknya telor tersebut di jual sahaja.
Begitu juga untuk telor yang tidak disenyawakan(infertile/tidak berbenih jantan), kenal pasti ibu ayam tersebut dan kurung bersama ayam jantan supaya berlaku persenyawaan. Ada juga terdapat kejadian dimana proses pembesaran anak ayam didalam telor tidak normal, dimana tahap pembesarannya tidak mengikut bilangan hari yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan telor tidak menetas selepas 21 hari. Jika anda yakin(melalui candling), biarkan telor ini didalam incubator untuk 2-3 hari lagi. Selepas itu, jika tidak menetas juga, cuba pecahkan dan lihat apa yang terjadi.
Bagi diri saya, setiap telor yang tidak menetas, saya akan buat candling dan kemudian pecahkan untuk dibuat pemerhatian dan perbandingan dan rujukan dimasa depan. Ini akan memberi anda pengalaman untuk membuang telor yang tidak menjadi lebih awal lagi, daripada macam 'menanti durian tak gugur'.

Peralatan yang digunakan.
Kiri - Telor yang telah dikumpul.
Tengah - Telor yang sedang direndam.
Kanan - Telor yang telah di nyah kuman.


Telor sedang dibersihkan semasa direndam
dalam cecair pembasmi kuman


Telor sedang dikeringkan dengan kitchen towel.

Selamat Berhari Raya kepada semua blogger dan semuga selamat kembali kerumah masing-masing. Berhati-hati memandu dijalan raya. Jemputlah kerumah jika tersesat sekitar Klang/Banting. Teringin juga nak jumpa blogger/penternak yang popular. Boleh sembang-sembang. Apa kata kita buat satu program pertemuan sempena Hari Raya pada suatu tarikh dan lokasi yang sesuai. Misalnya hujung minggu sebelum Syawal habis dilokasi seperti di Restoran Bamboo Lalang di depan rumah ibu saya di Batu 13, Kg. Sungai Rambai, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor. Itu hanya syor je, jika ada cadangan yang lebih baik, kita ikut je....

Minggu, 12 September 2010

MATLUMAT TERKINI INCUBATOR ALMARI

12/9 - Malam ini saya membuat candling keatas telor didalam incubator yang telas dibasmi kuman dan telor2 yang telah dibasmi kuman. Hasil candling yang dilakukan adalah seperti berikut:

telor masuk hari ke 5 - sarang labah - 69 , rosak - 2(candling kali pertama)
telor masuk hari ke 10 - berkeadaan baik - 74, rosak - 8(candling kali kedua)
telor masuk hari ke 15 - berkeadaan baik - 40, rosak - 15(candling kali ke 2)

Dari data diatas, diperhatikan bahawa -
peringkat awal - buat masa ini peratus telor yang rosak kerana jangkitan bakteria adalah sangat kecil. Peratusan rosak kurang 5%. Berkemungkinan telor telah dijangkiti semasa dalam sarang.
peringkat pertengahan - kerosakan boleh dikatakan bukan berpunca dari jangkitan bakteria, tetapi mungkin kualiti telor itu sendiri tidak baik dimana janin mati diperingkat awal. Peratusan rosak kurang 10%.
peringkat akhir - kerosakan juga boleh dikatakan oleh faktor kualiti telor dimana janin mati dalam proses pembesaran. Peratusan rosak kurang 30%.

Pemerhatian diatas masih belum boleh dibuat suatu kenyataan tentang % penetasan. Walaubagaimanapun, kebersihan telor dan incubator telah diambil kira untuk membuang satu faktor yang menyumbang kepada % penetasan yang rendah.

Setakat ini, pembasmian kuman/bakteria melalui penggunaan disinfectant Quatenary Ammonium Chloride menunjukkan tanda-tanda positif dimana telor yang dijangkiti bakteria adalah sangat kecil. Keputusan awal sangat baik berbanding dengan keputusan sebelum ini. Kita tunggu sehingga telor-telor ini menetas untuk mendapat jawapannya. Harapan saya semuga keputusan nya nanti adalah % penetasan yang tinggi. Doakan semuga berjaya. Kepada sahabat penternak yang balik kampung jauh dari tempat tinggal, saya doakan perjalanan anda selamat. AMINNNNNN

Sabtu, 04 September 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KPD SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT


4/9 - Cuti hujung minggu dimanafaat sepenuhnya untuk menyiapkan reban terbesar pernah saya buat dalam hidup 100% seorang diri(tak bohong). Dari mula hingga siap, saya lakukan dengan penuh semangat tanpa ada rasa berat hati, penat, susah, bila nak siap dan sebagainya. Keazaman yang mendorong kita menjadi kuat dan bersemangat. Tapi kadang kadang terfikir juga, mampu ke saya lakukan. Maklumlah, saya dah tua(48 tahun), nafsu besar tapi tenaga tak ada. Akhirnya siap juga sepenuhnya seadanya dengan tiang bengkang bengkok. Ini adalah kerana tiada perancangan untuk membuat reban seperti itu dan sebesar itu dari awal lagi. Saya pacak tiang kayu untuk pagar jaring, dan tiang inilah terus saya sambung sebagai tiang reban. Jadi saya layan je lah rekabentuk dan binaan reban ini memgikut tiang yang pagar yang bengkok sedikit. Memang tough juga terutama nak pasang lantai dawai, banyak adjustment perlu dibuat. Semalan(Ahad) semua anak-anak ayam dalam reban asuh dipindah masuk kereban baru kecuali yang kecil-kecil je. Punyalah susah nak tangkap anak ayam, kelam kabut berlari menyelamatkan diri dalam reban. Nasib baik ada sauk akuarium yang disambung dengan shaft driver golf(Sedap dipegang dan ringan). Memanglah anak ayam happy bila dapat pemandangan baru dan kawasan yang luas. Berlari-lari lah dan kejar mengejar kegembiraan. Macam dalam cerita 3 Abdul, anak-anak yatim dapat rumah kedai yang kosong sebagai sekolah dan kediaman baru mereka.

Insyallah, lepas raya saya akan buat lagi satu reban baru sebagai persiapan untuk anak-anak lain. Selepas itu, barulah saya akan buat reban untuk ayam-ayam dewasa dilokasi baru yang akan ditambak secara percuma dari tanah buangan/kotor Lebuhraya SKVE. Mereka akan buang dan ratakan seluruh tanah seluas 2 ekar. Jangan tanya macamana saya boleh dapat...semua orang pun tanya begitu. Guna diplomasi dalam segala urusan. Tak boleh guna diplomasi, baru guna buku lima. Reban dewasa jauh lebih mudah dari reban didik dan reban pembesaran. Reban ayam dewasa sangat basic, ada bumbung dan para dah memadai sebagai keperluan asas mereka untuk tidur dan berlindung semasa panas dan hujan. Macam garaj kereta je. Kayu dan zink bumbung masih banyak lagi. Masa buka puasa dengan kawan diluar, ada kawan(kontraktor binaan kelas A) tu tanya.....kau nak zink buruk(zink kilang) ke? Saya jawab, "selagi ada zink buruk dan kayu buangan kat tapak pembinaan, kau hantar je tempat reban aku". Mudah2an dia hantar lah hendaknya zink dan kayu tu...dapat buat pagar keliling sempadan ladang tu. Dapat mencegah pencuri masuk sewenang-wenangnya dari arah belakang kebun. Kalau ada rezeki, dapatlah.




Akhir sekali, mungkin saya akan menulis blog ini lagi selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Semuga semua sahabat penternak, follower dan pelawat blog yang beragama Islam, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

MEMANDULAH DENGAN BERHATI-HATI
SEMUGA SELAMAT SEPANJANG PERJALANAN PULANG
KE KAMPUNG HALAMAN DAN KEMBALI SEMULA

INGAT KELUARGA TERSAYANG
JANGAN BIARKAN MEREKA MENANTI DALAM TANGISAN


JUMPA LAGI, AMIN..........................................



Kamis, 02 September 2010

PERCUBAAN TERBARU PADA TELOR & INCUBATOR

3/9(Khamis) - Setelah telor dikumpul selama 4 hari, dapatlah sebanyak 70 biji dan campur dengan beli dari orang kampung lagi 20 biji. Jumlah semua 90 biji. Sebelum ini saya dah berazam untuk mencuba bahan disinfectant Quatenary Ammonium Chloride untuk mencuci telor sebelum dimasukkan kedalam incubator.
Semalam (2/9) saya tekad dan memberanikan diri untuk mencuba. Langkah pertama siapkan bekas dan air panas suam(45 darjah C) dari hot shower dan campurkan dengan QAC sebagai larutan. Saya hanya guna QAC je sebab sodium carbonate takde. Maybe next time saya cuba QAC + Garam, kemudian QAC + Garam + Sodium Carbonate. Sama-sama lihat apa hasilnya. Setelah larutan disiapkan, saya masukkan telor-telor baru kedalam larutan dan biarkan seketika(15 -30 saat) sambil membersihkan telor yang kotor. Selepas tu, terus tus dan lap dengan kitchen towel. Saya kena buat 3 trip sebab bekas kecil je. Air panas terpaksa ditambah sebab dan kurang panas.
Saya tekad sekali lagi membuat percubaan mencuci telor yang dah masuk 4 hari(belum candling) untuk dinyah kuman. Ada 2 biji yang timbul(terus buang). Yang lain saya buat proses yang serupa. Saya yakin telur tak rosak selagi air larutan lebih panas dari suhu telor dan dikeringkan dengan segera. Saya masukkan kesemua telor first batch ini kedalam incubator yang telah juga di nyah kuman sebelum ini dengan menyembur larutan QAC ke seluruh incubator. Kita sama-sama tengoklah apakan hasilnya nanti memberangsangkan atau sama je macam yang lepas. Tapi saya begitu optimis menjangkakan hasilnya akan lebih baik, memandangkan kita dapat mengetepikan masalah jangkitan bakteria pada peringkat awal. Kecuali ia berlaku lebih awal lagi iaitu semasa didalam sangkar sebaik sahaja selepas bertelor.
Pada masa ini, kedua-dua ruang pada 'incubalmari' buat pertama kalinya dijalankan serentak. Telor-telor yang menanti masa menetas diteruskan didalam incubator kiri. Manakala telor-telor yang telah dinyah kuman menggunakan incubator sebelah kanan. Akhirnya nanti, incubator sebelah kiri akan ditutup, dicuci dan dinyah kuman sehingga ia diperlukan dimasa akan datang.

Matlumat terkini....sempat juga reban pembesaran pintu kedua disiapkan. Saya mengasingkan ayam ikut sais untuk mengurangkan saingan.

Selasa, 31 Agustus 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53

31/8(Selasa) - Hari ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia. Bagi rakyat yang kasih dan sayangkan negara dan bangsanya, kemerdekaan ini adalah amat besar maknanya. Tanah Melayu telah dijajah selama 4 1/2 abad oleh belbagi negara dari Portugis, Belanda, British dan Jepun. Selama dijajah, sejarah Melayu tidak banyak yang tercatat, tidak tahu kenapa. Ia kembali dicatat selepas abad ke 19 semasa zaman pemerintahan British. Tidak banyak sejarah dicatat pada zaman pemerintahan Belanda kerana mereka sebuk dengan tugas-tugas mengeluarkan hasil dan khazanah negara.

Kalau kita perhatikan, taktik 'pecah dan perintah' adalah cara paling berkesan untuk menjajah sesebuah negara. Mereka tidak dapat menjajah jika rakyat dan raja yang memerintah bersatu padu. Apabila rakyat bersatu padu semula dengan raja yang memerintah, Tanah Melayu akhirnya mendapat kemerdekaan dari British. Tetapi apa yang merisaukan saya, setelah negara kita merdeka, terdapat usaha-usaha dari negara-negara tertentu yang menggunakan seseorang yang berpengaruh untuk menjadikan rakyat berpecah belah. Apabila rakyat telah berpecah belah, negara kita tidak stabil ekonomi dan politiknya dan kesempatan ini diambil untuk menakluk semula negara kita, bukan dalam bentuk fizikal, tetapi dalam bentuk penjajahan ekonomi dan minda kita. Negara kita sudah berada diambang kejatuhan dan semakin hampir dijajah semula. Saya sangat khuatir jika perkara ini terjadi, tak tahulah apa akan jadi pada kita semua. Mungkin negara kita akan jadi macam Kuwait dan Arab Saudi, ada banyak hasil bumi, tetapi diteroka oleh negara asing. Raja kaya raya, tetapi rakyatnya tidak kemana. Semuga Allah menyedarkan seluruh rakyat dinegara ini dan bersatu padu semula seperti sebelum merdeka, agar kita semua selamat dan kedaulatan negara dikekalkan. Amin....

Cuti umum Hari Kemerdekaan saya isi masanya dengan membuat kerja-kerja senggaraan direban. Pada awal pagi selepas matahari terbit, saya menyiapkan kerja memasang bumbung dan dinding reban asuh yang diberi oleh sahabat baik saya yang tinggal selang beberapa rumah je. Reban ini terpaksa disiapkan segera kerana anak ayam didalam brooder kabinet dan besar dan semakin sempit. Juga sebagai persiapan untuk anak-anak baru.

Selepas siap reban asuh, terus ke reban besar memulakan kerja mengemas kayu-kayu lebihan, menyapu seluruh kawasan reban dan membuang najis-najis didalam reban. Najis yang dikumpul di punggah dan tuang pada pangkal pokok sawit sebagai baja. Sebelah petang pula, saya sembur seluruh kawasan, sangkar dan reban menggunakan kimia pembasmi kuman(disinfectant) komersil dengan bahan aktif 'quaternary ammonium chloride'. Ini perlu dilakukan secara berkala untuk membasmi semua kuman, virus, bakteria atau apa-apa kuman yang boleh menyebabkan penyebaran penyakit kronik. Saya sembur sebanyak 4 tong racun rumput untuk seluruhnya. Semuga penyakit bahaya dapat dihindarkan dari terjadi. Seronok mata memandang apabila reban nampak kemas dan bersih, boleh duduk bersembang dikawasan reban.

Saya juga telah menyiapkan beberapa bekas/sangkar telor yang baru bagi ayam yang dah galak nak bertelur. Alhamdullilah, purata kutipan harian adalah 15 biji. Kira bagus sangat tu, kalau seminggu dah dapat dekat 100 biji, sebulan 400 biji. Kalau % penetasan adalah 50%, dapat juga 200 ekor anak ayam sebulan. Jika seekor harganya RM 20, boleh jual dapat RM4000 sebulah. Tolak belanja makanan dan pelbagai RM2000, ada baki RM2000 sebulan. Boleh tahan juga, sebagai duit tambahan. Semuga kira-kira tadi boleh menjadi realiti. Aminnnnnnnnn

Senin, 30 Agustus 2010

AKHIRNYA AKU TEMUI JUGA DISINFECTANT YANG DICARI-CARI


30/8(Isnin) - Lama juga saya tak menulis. Akhir sekali kesah ular sawa dan biawak. Sepanjang minggu lepas, saya memang sebok menyiapkan reban pembesaran. Akhirnya dapat juga saya siapkan dengan sempurna satu pintu dari empat yang bakal siap. Ayam terus dimasukkan kerana dah berhimpit-himpit dalam reban asuh. Mati seekor kena himpit dalam raga ayam semasa pemindahan reban....

Hari ini(isnin), saya ke pekan Banting untuk membeli dedak halus 201C Goldcoin/cap Ayam(Huat Lai Melaka). Kedua-dua nya serupa warna dan baunya. Di Banting dapat rm85 satu bag. Dikampung, rm95...2 bag dah jimat rm20. Lebih dari lepas duit minyak ke pekan Banting yang jaraknya cuma 7 batu je. Dapat juga beli barang-barang keperluan lain seperti vitamin, antibiotik, bekas makanan/minuman dll urusan.

Sambil menunggu apek memunggah makanan ayam ke boot kereta, saya jeling-jeling semula disinfectant yang pernah saya beli dulu, jenama MAXI-CIDE. Saya belek-belek kandungan aktifnya dan tetera QUATENARY AMMONIUM CHLORIDE(QAC).....terbayang-bayang dikepala saya, macam biasa je bunyinya....lantas teringat semula, inilah bahan kimia yang saya cari selama ini untuk menghapuskan kuman/bacteria/microrganism sebagai disinfectant yang disebut-sebut dalam rencana berkaitan persediaan masuk telur kedalam incubator.....cissss, rupanya aku dah ada bahan ini selama berbulan-bulan disimpan direban untuk menbasmi kuman direban tu...tapi tak terfikir pulak bahan yang sama digunakan untuk mencuci telur.

Saya akan mengatur langkah baru. Setiap kali masuk telor, saya akan basmi kuman dahulu. Sebagai memulakannya, langkah pertama adalah menbasmi kuman pada incubator dgn menyembur disinfectant QAC. Kemudian memasukkan hanya telor yang telah dibasmi kuman sahaja yang akan dieram...

Walaubagaimanapun, saya dah buat kesimpulan...penyumbang utama % penetasan yang rendah adalah berpunca dari kualiti telor yang rendah yang datang dari pelbagai sumber. Sebab itulah saya berusaha mencari bahan pembasmi kuman/bacteria/microrganism tersebut. Dengan izin Allah, bertemu juga akhirnya apa yang ku cari selama ini.

Kimia yang sama juga digunakan untuk membasmi kuman/virus/microb direban sebagai langkah pencegahan kerana 'PREVENTION IS BETTER THAN CURE'. Ini dilakukan dengan membuat semburan keseluruh kawasan reban termasuk tanah, lantai, dinding, para, bumbung dan sangkar. Semburan masih boleh dilakukan walaupun ada ayam didalam reban. Gunakan penyembur yang dengan nozzlenya dilaras supaya cecair kimia yang keluar adalah kasar dan kecil sudut semburannya(bukan dalam bentuk debu) supaya semburan adalah lebih sempurna dan cepat basahkan sasaran. Jika kawasan reban besar, boleh disembur terus dari dalam dan elakkan ayam dari terkena tepat. Biasanya ayam akan mengelak semburan dari lari ke satu sudut. Pindahkan bekas minum dan makan supaya tidak terkena padanya. Ayam tidak akan terjejas kalau terkena sedikit semburan ini.

Buatlah sebagai amalan secara berkala misalnya setiap 2 bulan sekali...atau sebulan sekali adalah lebih baik. Harga untuk 5 liter hanya sekitar RM80-100 bergantung kepada kedai dan jarak. setiap liter ditambah air sebanyak 50/100/200 liter air bergantung kepada jenis keperluan kita. Dengan cara ini kita sudah berusaha mengelak malapetaka atau bencara serangan sampar yang amat menyedihkan penternak.

Bukannya saya betul atau pandai, tetapi saya belajar dan terus belajar memahami cara penternakan ayam kampung atau kacuk secara online dan offline. Apa pun, kematian tidak dapat dielekkan...kerana yang hidup pasti akan mati. Cuma bagaimana cara matinya. Jika seekor dalam seminggu atau dua minggu...itu bukan wabak. Wabak/sampar adalah kematian secara banyak dalam masa singkat atau serentak.

Didalam masa yang sama, ubat-ubatan, vaksin, antibiotik dan vitamin jangan dilupakan. Seperti manusia juga, ayam perlukan semua ini untuk sihat dan cepat membesar serta tahan penyakit. Jika tidak dilakukan, ayam ini dalam keadaan berisiko besar mudah kena sakit dan akhirnya mati.

Jika terjumpa atau terdengar ayam-ayam menunjukkan tanda sakit, tangkap dan asingkan didalam reban lain dan beri rawatan yang sesuai. Cara ini dapat memberi rawatan yang lebih teliti kepada ayam yang sakit dan dapat mengelak penularan/penyebaran penyakit kepada ayam-ayam lain melalui makanan atau minuman.

Selain dari itu, jika anda menggunakan incubator untuk mengeram dan menetaskan telor, bahan disinfectant cecair larutan Quatenary Ammonium Chloride boleh digunakan untuk menyah kuman incubator anda. Selain dari itu, anda boleh gunakan Dettol Disinfectant Spray untuk membasmi kuman, bakteria dan virus seperti salmonella, E.coli, Tubecolosis bacteria, Rhinovirus(punca penyebab demam-common cold), Rotavirus(penyebab diarrhoea-cirit birit), respiratory syncytial virus(penyebab masalah pernafasan), dll.




Cuba renungkan ayat ini...'IF WE FAIL TO PLAN, WE PLAN TO FAIL'. Jadi, berusaha dan belajarlah dari orang yang terdahulu, atau yang paling susah adalah, belajar dari kegagalan..

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Ayuh bersama-sama kita merdekakan diri kita dari serangan wabak/sampar ayam.....

Selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada semua pembaca....Amin

Wassalam.


APA YANG DIMAKSUDKAN DISINFECTANT dari Wikepedia
Disinfectants are substances that are applied to non-living objects to destroy microorganisms that are living on the objects.[1] Disinfection does not necessarily kill all microorganisms, especially not resistantbacterial spores; it is less effective than sterilisation, which is an extreme physical and / or chemical process that kills all types of life.[1] Disinfectants are different from other antimicrobial agents such asantibiotics, which destroy microorganisms within the body, and antiseptics, which destroy microorganisms on living tissue. Disinfectants are also different from biocides — the latter are intended to destroy all forms of life, not just microorganisms.

Sanitisers are substances that simultaneously both clean and disinfect.[2]

Bacterial endospores are most resistant to disinfectants, but some viruses and bacteria also possess some tolerance.


Disinfectants are frequently used in hospitals, dental surgeries, kitchens, and bathrooms to kill infectious organisms.


For egg washing, a solution containing 250 ppm quaternary ammonium and 10 ppm EDTA is recommended. Make the solution alkaline with sodium carbonate (a cleaning agent) to reach a pH of approximately 8.0.

Directions for preparing quaternary ammonium solutions.

Prepare the following stock solution:
  1. 10 percent quaternary ammonium disinfectant (alkyl dimethyl benzyl ammonium chloride);
  2. 0.4 percent EDTA (disodium salt) (15 grams/gallon); plus
  3. 4.2 percent sodium carbonate (Na2CO3) 160 grams/gallon).
Dilute as follows:
  • For egg washing, use 1 ounce stock solution in 3 gallons water.
  • For equipment, use 2 ounces stock solution in 3 gallons water.

Summary

The key to production of quality chicks is production of clean eggs. Proper egg sanitation will reduce transfer of bacteria from egg shells to chicks.