Jumat, 25 Juni 2010

MAKANAN AYAM FORMULA NzR Agrofarm

Ini Fomula Makan Ayam dari NzR Agrofarm yang akan menjimatkan kos makanan ayam


salam 1 Malaysia..
urmmm..bercakap pasal makanan ayam ni..selalunye saya bagi dedak hitam halus untuk umur dari 1hari hingga sebulan..ps2 cmpur ngn jagung halus sampai umur 2 bulan..ps2 bagi jagung sepenuhnye..bila bagi jagung je saya dapati ayam2 ni monyok je..makan xselera..yela macam manusia la bagi makan nasi tanpa lauk..berat pun x ideal..sejak akhir-akhir ni saya masak makanan tuk ayam 2..jagung+nasi lebih semalam+garam+gula merah..kadang2 tu saya campur dengan betik dihiris2..berselera betul ayam makan berbanding ngn jagung sahaja sebelum ni..abis licin..ayam pun makin aktif..galak bertelur dan mengawan..kadang2 saya bagi rumput napier yg digunting2 kasar..pun abis gak diorg makan..huhuhu..

Senin, 21 Juni 2010

ANAK AYAM BELANDA DAH MENETAS

Saya ada sepasang ayam belanda. Yang betina memang hebat, dah 24 biji telornya dan masih bertelor lagi. Dari telor pertama, saya terus masuk dalam incubator setiap kali dikutip dengan menandakan tarikh masuk, bukan tarikh jangkaan menetas kerana tak pasti bilangan hari menetas. 

Telor yang pertama menetas setelah 35 hari dlm incubator. Anak yang pertama sehat, diikuti selang beberapa hari diikuti yang kedua, ketiga, keempat dan kelima. Namun anak yang ke 2,3,dan 4 tak lama hidup selepas menetas. Badan nya lemah, takde selera makan atau minum. Saya cuba selamatkan dengan memebri air Glucolin supaya dapat tenaga segera. Tak disangka, selepas saja beri air Glucolin, tak beberapa minit mininggal. Yang satu lagi pun sama juga,. Mungkin air Glucolin tak sesuai untuk nak-anak ayam aatau ayam belanda. Tapi saya dah ikhtiar, Allah menentukan segalanya. Jadi tinggal 2 je yang dah sehat. Petang tadi(21/6), balik dari kerja ada 2 ekor dah menetas. Tak sangka pula hari ini tarikh 'due' nya. Kedua-dua kakinya tergantung celah jaring 1"x1/2". jaring itu tak dilapik dengan jaring halus kerana incubator ini hanya untuk ngeram je. Terpaksa lah saya buat terapi kedua-duanya dengan memasukkan kedalam cawan supaya kakinya kuat dan rapat semula seperti biasa. Malam ini saya tengok, seekor dan keluar sendiri dari cawan dan dan pulih. Yang seekor lagi tak keluar dari cawan, saya keluarkan dan tengok kakinya dah pulih juga. Alhamdulillah, adakalanya ikhtiar kita berjaya juga. 

Mudah mudahan untuk telor telor seterusnya akan berjaya ditetas dan selamat. banyak juga kalau berjaya menetas semuanya. Dekat 20 ekor juga, tetapi semuanya belum pasti. Tetapi yang pasti, incubator saya berjaya menetaskan ayam, angsa dan ayam belanda. Yes.......

BEKALAN TELOR AYAM KAMPONG


21/6 - Hari ini saya gembira sebab dapat bekalan telor dari kedai Acheh sebanyak 40 biji dan 52 biji dari kawan di Kg Lembing. Yang di Kg Lembing harganya 80 sen. Mahal sedikit takpe asalkan boleh dapat bekalan yang konsisten. So jika bekalan ini dapat berterusan, saya kena buat incubator yang lebih besar atau beli almari second hand dan convert jadi incubator. Tengok lah keadaan nya nanti.

Jika ditakdirkan kawan saya tu dapat membekal telor dengan consistence, projektion saya akan berjaya dimana dapat menetaskan anak sehingga 300-500 sebulan. Itu dah kira sangat baik. Semuga semua perancangan saya berjalan lancar. 

Saya perlu membuat persediaan yang lebih awal untuk menghadapi kedatangan ayam-ayam yang semakin banyak dan membesar. Saya dah survey mixer concrete yang kecil untuk mengadun makanan supaya sebati. Saya akan campurkan beberapa bahan seperti hampas soya, hampas kulit gandum, serbok ikan bilis, jagung halus, dedak halus dan sedikit beras atau terigu. Bila dan adun rata, saya akan buat pellet sendiri menggunakan meat mixer.

Dengan cara ini, mungkin kos makanan akan dapat dikurangkan dan lebih murah dari harga pellet kasar.

Saya perlukan pandangan kawan-kawan yang faham untuk memberi komen.

Saya juga akan menambahkan reban-reban untuk tempat ayam tidor dan berteduh. Kena beli kayu 2"x3" untuk tiang, alang dan gegulung atap. Bumbung adex murah dah ada, cuma kayu yang nampaknya kos tinggi. Saya akan survey nanti kayu-kayu yang diperlukan.

Lepas tu, melengaslah setiap week end buat reban. Tapi seronok bila reban telah siap didirikan  hasil titik peluh sendiri. Kalau tak percaya, buat sendiri baru tau..... 



Mixer cadang nak beli untuk adun makanan ayam



Anak ayam yang dah besar dan sehat


Minggu, 20 Juni 2010

TELOR AYAM KAMPONG TAK ORI

Semasa cuti-cuti MC, sempat juga saya membuat survey mencari bekalan telor untuk di eram. Saya singgah kat warung berdekatan reban dan bertanya dimana boleh dapat bekalan. Tiba-tiba seorang pelanggan memberitahu dengan yakin kepada saya bahawa warung jual nenas kat simpang ada banyak bekalan sampai 4-5 papan. Seonoknya tak terkata, saya terus pergi ke warung tersebut, dan sah memang ada banyak lagi. Saya tanya dia, mana dapat telor tu.. dia jawab dari Kuala Selangor, ada pembekal yang kutip-kutip dari orang kampong. Saya tengok memang macam telor kampong(ayam kampong badan besar).  Mendengar kenyataannya itu, saya begitu yakin dan terus cuba 2 papan. Tambahan pula dia memberi kenyataan, ada orang beli dan boleh menetas.

Datang perasaan tamak, untuk menambahkan lagi bilangan telor tersebut. saya beli lagi 3 papan dan masuk dalam incubator. Selang semingu, saya melawat kewarung tu lagi, ada lagi telor tetapi dia kata dari orang sijangkang(kawasan Telok Panglima Garang juga). Oleh kerana asalnya dari orang kampong, saya yakin telor ini mesti ori juga. Saya beli kesemua 3 papan dan terus masuk dalam incubator

Selepas 5 hari, saya buat candling telor dari Kuala Selangor  yang 5 papan tu, haprah... takde satu pun yang menjadi. Tak sedap hati, saya tengok selepas 7 hari... sah kena tipu.  Saya dapat buat kesimpulan, telor ini adalah telor ayam kampung yang diberi makan dedak telor dan dibela didalm sangkar bateri(patutlah telornya bersih gile). 

Selepas 5 hari telor yang dikatakan dari Sijangkang tu, ada sedikit harapan.. nampak darah dalam beberapa biji telor. Wah, sedap hati sikit. Saya candling lagi selepas 7 hari, memang ada sebahagiannya berdarah dan sebilangan lagi tak berbenih. Telor yang ini saya tak dapat nak pastikan macam mana tuannya bela ayam tu. 

Pening kepala saya nak buat apa dengan telor sebanyak tu. Saya pun dapat idea, padamkan tarikh menetas(nasib baik pakai pensil) dan saya jual kat kedai yang jual telor kampung separuh masak. Dapatlah lepas 3 papan. Bakinya saya bagi Ustaz yang mengajar anak-anak Taman Satria satu papan, bagi Mertua di Tg malim 2 papan. Gembira mereka.

Saya tak percaya lagi kat telor kampong tak ori tu. Rupa-rupanya ada orang yang ambil kesempatan atas populariti telor kampong untuk menipu orang ramai dengan bekalan telor tak asli tu. Mereka kaut untung besar dengan menipu orang ramai sebab harga tolak kedai dah dapat 50 sen - 60 sen.  

Jadi berhati-hatilah jika terdapat telor kampong dalam kuantiti besar, jangan percaya 100%. Kalau nak cuba juga, beli 10 biji dulu dan test. Itu yang terbaik tetapi ambil masa 5-7 hari untuk dapat keputusannya.


SERANGAN SAMPAR AYAM

Pada 20/6 yang lepas, saya pergi membeli atap adex second hand di kampong lombong. Sambil menunggu lori sampai, saya sempat berbual-bual dengan beberapa orang kampong di warung tuan punya bumbung. Maka berkenalan lah saya dengan mereka, dimulai dengan bertanya pasal bekalan telor ayam kampong ori. Rupa-rupanya, mereka adalah penternak-penternak yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini. maka panjang lebarlah cerita. pakcik-pakcik tu cakap, dia ada sebanyak lebih 300 ekor, tetapi sekarang dah kosong reban. pakcik yang lain pun sama juga. tinggal beberapa ekor je, itu pun tak tahu lah apa nasibnya.  Dari cerita mereka, seluruh kampung tersebut telah diserang sampar ayam. berpuluh-puluh ekor mati serentak. Nak makan pun dah naik jemu, tanam sajalah kata mereka.  

Sekarang ni, memang patutlah harga ayam kampung mahal. Menurut mereka, harga ayam kampung diambil oleh peraih cina dengan harga minima RM16 sekilo. Terkejut saya. Ditempat saya cuma RM10 - RM 13. Saya minta no hp cina tu, tapi dia tak simpan. Nanti bila dia jumpa cina tu, dia akan dapatkan nombornya. Ini peluang baik untuk saya, bukan jauh sangat dari kg Lombong ke reban saya. 

Masalahnya sekarang, bekalan telor dari orang kampong susah dan tak menentu. Puas saya berjalan bertanya dari lorong ke lorong. Memang mereka ada bela ayam kampong, tetapi susah nak dapat bekalan telor. Mreka kata, banyak sangat pemangsa... anjing, biawak, ular, monyet dan tikus.   Saya berminat dengan monyet dan tikus... sebab tak pernah dengar dari member-member blok pasal dua binatang ini. Mereka berkata, monyet kerjanya curi telor dari sangkar dalam reban buat makanan. Tikus pulak,  saya tanya apa masalahnya. Rupa-rupanya tikus ni jahat juga, dia suka makan mata anak ayam yang beru menetas.... laaa, tak ku sangka begitu kejam rupanya sitikus tu.

Alhamdullilah ditempat saya, pemangsa yang ada cuma anjing liar tak bertuan. Tetapi masalah ini boleh ditangani dengan memasang pagar dan membunuh mereka dengan memasukkan racun buah(puradan) kedalam bangkai ayam. Tentu selesai... Kabarnya ditempat saya, anjing-anjing dewasa semuanya telah mati bergelimpangan. mungkin ada yang telah menjalankan tugas dan kewajipannya. Memang patut pada pandangan saya anjing-anjing ini dibunuh. Orang kampung tak dapat nak menternak atau tak dapat nak membiakkan ayam. Asyik kena kebas je.  patutlah saya lihat di kampong saya tu, ada orang buat reban arnab dan puyuh setinggi 4 kaki tinggi. mula-mula tak terfikir sebabnya. Rupa-rupanya, anjing-anjing ini pandai mengorek dan menarik arnab-arnab dari lantai reban. Mengeluh mereka bila perkara ini terjadi. 

Ini lah antara pengalaman penternak kampong yang saya dengar semasa jalan-jalan cari telor. Nasib baik saya masih ada beberap pembekal telor ori, walau pun tak ramai, dapatlah juga menambah bilangan telor setiap minggu walaupun peratusan menetasnya tak menentu.  Lebih baik dari tak mencuba langsung. Selebihnya, terserah pada nasib badan kita.


ANAK AYAM DAH BESAR

Lama tak tulis pasal perkembangan anak-anak ayam saya direban. Setakat hari ini (21/6) dah ada lebih 200 ekor. Yang berusia 6 minggu  ada 50 ekor. yang usia 5 minggu ada 120 ekor, usia 4 minggu 70 ekor, usia 3 minggu 30 ekor dan usia seminggu ada 20 ekor. usia 2 minggu tak ada sebab masa tu, ayam mogok tak banyak dan tak bertelor dan menetas cuma 3 ekor je. memang betul, bulan 5 banyak masalah ayam.  


30 ekordan turun tanah. 120 ekor dah pindah kereban asuh di reban asuh kat kebun(anggerik agro farm) dirumah wak. 70 ekor kat dalam reban asuh dirumah dan yang lain-lain juga masih kat rumah.  


Alhamdullilah, semuanya sehat-sehat belaka. Ada mati seekor dua mungkin kena pijak agaknya.










AYAM JARI 10

Direban saya ada seekor ayam teruna anak saya panggil ayam singa. Suatu hari, along(anak wak) beritahu saya, ada ayam jari 10. saya tangkap dan tengok betul-betul, memang benar. saya ambil gambar. saya cakap dengan anak-anak, ini jarang terjadi, boleh masuk TV3. 


Selang beberapa hari, anak saya kata ayam tu dah hilang. memang pun ayam tu tak berapa sehat, nafas berbunyi, tetapi tak kritikal. rupa-rupanya ayam tu sah dah hilang. tak tahu apa sebabnya... mungkin mati makan anjing.


inilah gambar kenangan sebagai bukti. Dah takde rezeki.