Kamis, 14 April 2011

INCUBATOR KEMBALI BERFUNGSI

14/4/2011 - Alhamdulillah.....Lama betul tak update blog ini. Sebenarnya memang takde bahan untuk ditulis. Sehinggalah kehari ini, barulah dapat bahan. Sejak serangan sampar melanda reban, anak-anak ayam yatim piatu telah membesar. Sebagaimana harapan saya, ayam-ayam ini semuanya telah cukup dewasa dan mulai bertelur. Setakat ini, saya telah mengutip 80 biji telor dan telah dimasukkan kedalam incubator yang telah lama berehat. Incubator telah diservis terlebih dahulu sebelum telor-telor dimasukkan. Sebelum ini, ada 3 ekor ibu ayam telah bertelor. 2 ibu tidak menjadi telornya tetapi seekor lagi berjaya menetaskan kesemua 10 biji telornya dan telah pun besar berusia 2 bulan lebih.

Semangat saya kembali berkobar untuk meneruskan projek yang telah dirancang seperti sebelum serangan sampar. Dugaan dan cabaran yang diterima adalah pengalaman yang berharga. Mungkin itulah agaknya perjalanan yang perlu dilalui untuk berjaya. Semuga ayam-ayam yang ada tidak diserang sampar lagi. Ayam-ayam juga sangat sehat dan aktif memakan apa sahaja termasuk rumput-rumput di sekeliling kebun. Jadi, ayam saya boleh kira 'organik' la agaknya...makan rumput, nasi putih dan lebihan/sisa makanan kantin. memang takde bagi apa-apa vitamin, antobiotik atau vaksin. Tetapi bagi anak-anak yang dalam reban asuh, kena bagi sekurang-kurannya vitamin, untuk sehat membesar. Lepas turun tanah, tak nak bagi apa-apa... biar dia jadi ayam kampung ori yang 'organik'.

Semuga Allah berkati usaha saya pada kali ini dan memberi perlindungan kepada ternakan dan usaha saya. Memang ramai orang datang nak beli baka, kerana geram tengok bapak-bapak muda yang yang gagah perkasa. Tetapi saya tidak mahu jual kerana sangat sayang. Bukannya sombong, jika dijual, apa pulak saya nak buat selepas tu. Banyak ayam jantan juga`ada baiknya, lebih tinggi peratus telor berbenih. Tapi hasilnya tengoklah nanti....tetapi setakat yang dah ada, berbenih belaka nampaknya. Sebab ada yang dah kena eram, saya buat 'candling' ada darah.

Keadaan reban memang riuh rendah. Sijantan sebok berkokok, sibetina pula sebok berketok. Yang paling seronok adalah waktu datang hantar makanan. Berterbangan ayam-ayam menuju kereban. Macam tahu-tahu je...kalau datang dengan kereta atau motor, pasti lintang pukang nak masuk kawasan reban.

Yang paling sebok adalah waktu dekat nak magrib. Masa tu lah sijantan sebok sangat nak mengawan. Yang jantan lain pulak sebok mengacau dan mengejar jantan yang nak mengawan. Dah ada jantan yang bawa kumpulan sendiri sambil cari makan.

Inilah suasana reban yang dah lama saya rindui. Ayam sebok dengan halnya sendiri diserata reban dan kebun kalau dah kenyang. Ada yang berehat dalam reban, ada yang berkeliaran mematuk rumput, ada yang mengais tanah mencari cacing..... memang seronok. Tak hairanlah kadang-kadang kita asyik kat reban.

Yang bestnya, reban saya memang tak berbau atau berlalat. Mungkin kerana selalu dibersihkan. Anda boleh bersantai sambil berbual dalam kawasan reban tanpa perlu risau pasal hama.

Saya akan upload gambar ayam-ayam terkini dihujung minggu nanti.